CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 24505|Reply: 61

[Tempatan] Pakar alam sekitar cadang caj beg plastik dinaikkan 50 sen

[Copy link]
Post time 14-2-2025 12:43 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Caj beg plastik sekali guna kepada pengguna dicadang dinaikkan kepada 50 sen berbanding 20 sen bagi 'mengawal' rakyat daripada menggunakan bahan itu, sekali gus mengurangkan pencemaran.

Pakar alam sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nurul Ain Ab Jalil, berkata cadangan itu susulan penggunaan plastik yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus meletakkan negara di tempat kelima penggunaan tertinggi plastik di dunia.

Beliau berkata, peniaga juga diminta memainkan peranan dengan menyediakan alternatif lain seperti kotak kitar semula untuk kegunaan pelanggan.

"Pada saya dengan menaikkan caj penggunaan plastik boleh secara tidak langsung menyekat rakyat untuk guna plastik dan mampu mengurangkan beban pencemaran plastik.

"Ini kerana antara faktor utama mendorong rakyat Malaysia banyak menggunakan plastik adalah kerana tabiat atau sikap yang menjadi normalisasi gaya hidup.

"Rakyat Malaysia masih bergantung kepada plastik terutama untuk membungkus makanan atau membawa barang," katanya kepada BH hari ini.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, dilaporkan berkata kerajaan merancang penggubalan kerangka dasar dan perundangan menyeluruh peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Ini kerana masalah pencemaran plastik adalah serius yang mana Malaysia menjadi antara lima negara dengan pencemaran plastik tertinggi di dunia yang mana ia turut menyumbang kepada masalah kesihatan dan banjir kilat.

Pada masa sama, Nurul Ain berkata, dari aspek perniagaan, terutamanya industri makanan dan runcit, mereka cenderung menggunakan plastik kerana ia menjimatkan kos selain keinginan pelanggan yang masih bergantung kepada plastik kerana lebih mudah, ringan dan cepat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, penggubalan akta boleh menjadi langkah yang berkesan jika disertai dengan pendekatan lain seperti pendidikan, insentif dan pembangunan infrastruktur.

Katanya, penyelesaian holistik disifatkan lebih berkesan berbanding hanya bergantung kepada perundangan.

"Penggubalan akta mungkin akan memberi kesan kepada rakyat dan juga peniaga, oleh itu rakyat perlu diberi alternatif yang mudah diakses sebelum larangan dilaksanakan dan insentif kepada peniaga yang menggunakan bahan mesra alam bagi menggantikan plastik," katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat IKLIM, Institut Perubahan Iklim, UKM, Prof Dr Marlia Mohd Hanafiah, berkata pihak pengilang atau pengeluar dicadang supaya diwajibkan menanggung kos pengurusan dan kitar semula dalam mengurangkan penghasilan plastik sekali guna.

Beliau berkata, langkah itu perlu dilakukan bersekali dengan program peningkatan tahap kesedaran yang disifatkan masih rendah dalam kalangan pengguna.

"Apatah lagi kos plastik adalah murah dan mudah diperoleh, tambahan semua premis menyediakan plastik.

"Bagi kerajaan boleh melaksanakan Tanggungjawab Lanjutan Pengeluar (EPR) kepada pengilang dan pengeluar," katanya.

Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa), Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Latifah Abd Manaf, pula berkata import sisa plastik perlu dipantau untuk memastikan hanya bahan plastik kitar semula sahaja yang dibawa masuk bagi memenuhi keperluan industri dan bukan menjadikan Malaysia sebagai tempat pelupusan.

Beliau berkata, permintaan terhadap penggunaan produk plastik semakin meningkat dan menyebabkan pengeluaran tinggi, seterusnya menyebabkan lambakan sisa plastik yang perlu diurus untuk dilupuskan.

"Pengendalian dan pelupusan sisa plastik yang tidak baik mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan kesihatan awam.

"Sisa plastik daripada kawasan perbandaran boleh diangkut melalui sungai dan masuk ke ekosistem laut. Di lautan, sisa plastik boleh dibawa arus dan sampai ke negara lain. Oleh kerana Malaysia dikelilingi laut, kita juga turut menerima sisa plastik daripada negara lain yang terdampar di kawasan pantai," katanya.

Kredit -– BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2025 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Haramkan terus lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Org dh bwk beg sndr pegi beli barg. Plastik dh xrelevan. Org jual kuih pun dh pki paper bag
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 09:48 AM | Show all posts
Edited by nolya at 14-2-2025 09:54 AM

Beg plastik aje ke yg nak dikawal penggunaannya.  Bagaimana dgn kotak2 makanan plastik, pinggan, sudu-garpu, gelas dn straw plastik.  Wadah2 telur di pasarraya2, kantung sampah plastik adakah diambil kira?  Kantung mayat pun berbahan plastik (besar lagi tebal).
Jadi, yg mana boleh dn yg mana harus dikurangkan penggunaannya?
Hari ini orang ramai sedah peka untuk membawa beg belanja sendiri.  Namun kekadang, tersinggah pula ke pasaraya dn tak bersedia membawa shopping beg sendiri.  Terpaksalah beli. Lepas tu, digunakan sbg beg sampah pula. Dah begitu kitarannya, nak buat mcmane kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 09:52 AM | Show all posts
Kalau plastik tu tak bagus, kenapa masih nak sediakan tapi kena bayar? Dari 20 sen ke 50 sen, orang tetap akan bayar. Skang ni dah ramai bwk groceries bag pegi mana2 tmpt nak beli barang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 10:00 AM | Show all posts
Prickford replied at 14-2-2025 09:52 AM
Kalau plastik tu tak bagus, kenapa masih nak sediakan tapi kena bayar? Dari 20 sen ke 50 sen, orang  ...

Pun begitu, kekadang termenyinggah. Beg belanja tak bawa. Jumpa pula barang offer, katakalah satu pek bedsheet.  Teringat pulak nak masak, beli sidikit ayam, sayur, air sekotak besar, pet food lagi.  Tak nak beli beg, cembet ajalah barang2 belian tu ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2025 10:05 AM | Show all posts
nolya replied at 14-2-2025 02:00 AM
Pun begitu, kekadang termenyinggah. Beg belanja tak bawa. Jumpa pula barang offer, katakalah satu  ...

Laki iolls selalu gitu. Balik keje dok menyinggah. Dah la naik motor. Sumbat dlm raga. Satu2 angkat dari kaunter speedmart. Sampai umah jerit minta lempar shopping bag .
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 10:19 AM | Show all posts
Edited by nolya at 14-2-2025 10:21 AM
Prickford replied at 14-2-2025 10:05 AM
Laki iolls selalu gitu. Balik keje dok menyinggah. Dah la naik motor. Sumbat dlm raga. Satu2 angka ...

So next time kena simpan spare  shoppig beg kat dlm kereta/motor nampaknya. Ada juga disediakan beg kertas (tetap kena bayar) tapi I tak yakinlah dgn beg kertasnya. Buatnya belian bahan2 yg berat, air kotak, air botol, segala botol2  sos n kicap, bolos jawapnya. Beg plastik tak disediakan.  Kena beli beg fibrenya.  Kat rumah, dah mcm2 beg ada, paling tahan beg Ikea laa.
Beg Ikea yg besar dah jadi favourite for laundry.

















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2025 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-2-2025 10:19 AM
So next time kena simpan spare  shoppig beg kat dlm kereta/motor nampaknya. Ada juga disediakan beg ...

I pun spare shoping bag 5-6 pcs dah lipat2 kecik2... letak dlm pouch... mesti letak dalam my mini car (yaris toyota) yg i guna khas utk groceries shoping and drive dekat2...

It fits the purpose
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 10:29 AM | Show all posts
nolya replied at 14-2-2025 09:48 AM
Beg plastik aje ke yg nak dikawal penggunaannya.  Bagaimana dgn kotak2 makanan plastik, pinggan, sud ...

kerusi plastik
botol air mineral plastik
plastik bungkusan makanan
plastik keropok
plastik bungkusan barang runcit
plastik balut makanan dan buah
plastik ayam
semua perlu dinyahkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kilang2 buat pembungkusan makanan individual pack tu tak ke satu tindakan bawa kpd pencemaran alam juga. Tgk makin byk produk yg dibungkus gini. Takkan le rakyat je yg dihukum
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 11:02 AM | Show all posts
Tinggi nya caj tu..
Still kita kena guna plastik bila nak buang sampah ke dlm tong nya
So x boleh nak perlekeh atau hilangkan penggunaan plastik hmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-2-2025 10:19 AM
So next time kena simpan spare  shoppig beg kat dlm kereta/motor nampaknya. Ada juga disediakan beg ...

Aritu mak iols mintak 2 beg besaq ikea utk buat laundry.. hat beg besaq ni mmg baguih
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 11:47 AM | Show all posts
Skrg beli apa2 dah bawak beg sendiri senang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 11:47 AM | Show all posts
Tapi ade hari terlupa jugak membawak beg tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 12:01 PM | Show all posts
Prickford replied at 14-2-2025 09:52 AM
Kalau plastik tu tak bagus, kenapa masih nak sediakan tapi kena bayar? Dari 20 sen ke 50 sen, orang  ...

Ya aku pun terfikir sama. Ini mcm dah jadi ugutan. Menambah kebencian kepada pentabiran kerajaan dan ngo

Kempen dengan jelas terlebih dahulu. Galakkan bawa beg sendiri, sebabnya nyatakan dengan jelas, pencemaran melampau kepada alam sekitar. Kefahaman itu yang akan mendorong oran bawa beg, bukan emosi kebencian. Tetapi sedikit kebencian itu oklah sebab tak boleh elak.

Kefahaman sebagai pendorong itu yang akan cuba dipraktik bukan saja semasa membeli barang tetapi banyak aspek kehidupan manusia, dan boleh diturunkan kepada anak2... Kebencian sbg pendorong tak pergi mana, setakat beli barang itulah..

Jika nak up sedikit, terus buat larangan plastik tak disediakan bila beli barang. Kalau emergency, kena beli satu bungkus plastiklah... ni jual plastik pula, lepas itu naikkan harga, tindakan spt itu apa pelajarannya, yang kaya tak ada hal pun, dia akan baling2 plastik tu didepan pejabat ngo nanti.. haha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2025 12:21 PM | Show all posts
nolya replied at 14-2-2025 02:19 AM
So next time kena simpan spare  shoppig beg kat dlm kereta/motor nampaknya. Ada juga disediakan beg ...

Betul. beg ikea mmg guna utk gi laundry sbb besar. Kalau shopping groceries iolls suka bawak beg Decathlon, tahan. Beg Aeon pon tahan. Beg Lotus mudah koyak. Tengok, sampai tahap kekuatan shopping beg pon kita dah tahu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal nya 50 sen. Kalu gini mahal lg aku punggah byk2 beg letak dlm kete aku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-2-2025 10:19 AM
So next time kena simpan spare  shoppig beg kat dlm kereta/motor nampaknya. Ada juga disediakan beg ...

Saya yang guna public transport naik bas dan mrt selalu ada masalah ini. Tak boleh nak singgah kejap di speedmart waktu balik kerja sebab tak bawa shopping bag waktu keluar kerja sebelah pagi. Bila sampai rumah kena ambil kereta dan drive ke speedmart.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ari tu katanya tak boleh charge customer. Ni suruh naikkan pulak dah. Pening aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.729622 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list