CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Kantoi Ada Skandal, Ibu Tergamak Campak Anak 3 Tahun Dari Balkoni Sampai Mati

12-9-2023 08:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16095| Komen: 5

Description: Seorang wanita bertindak kejam, sanggup membunuh anaknya gara-gara bimbang kanak-kanak itu akan mendedahkan hubungan sulitnya bersama lelaki lain kepada suaminya.
Seorang wanita bertindak kejam, sanggup membunuh anaknya gara-gara bimbang kanak-kanak itu akan mendedahkan hubungan sulitnya bersama lelaki lain kepada suaminya.

India Today melaporkan, kejadian yang terjadi di Gwalior, India itu berlaku sewaktu suami kepada suspek yang bernama Dhyan Singh menganjurkan perasmian kedai miliknya pada 28 April yang lalu.


Difahamkan, suaminya menjemput ramai kenalan termasuk seorang jiran lelaki bernama Uday Indauliya yang menjalin hubungan bersama isterinya, Jyoti Rathore.


Gambar Hiasan

Ketika tetamu lain sedang sibuk melakukan beberapa aktiviti di majlis berkenaan, Jyoti dan Uday bermesra di atas balkoni sebelum kelakuan tidak senonoh mereka disaksikan oleh anak wanita tersebut.

Jyoti yang terkejut dengan situasi tersebut, bertindak melempar anaknya yang berusia tiga tahun itu dari balkoni.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius di bahagian kepala namun meninggal dunia pada keesokan harinya.


Sementara itu, ramai yang percaya bahawa anak pasangan tersebut terjatuh secara tidak sengaja.

Namun, Jyoti kemudian membuat pengakuan mengenai apa yang telah berlaku selepas mengalami mimpi buruk tentang anaknya itu.

Terkejut mendengar pengakuan isterinya itu, Dhyan segera menghubungi pihak polis untuk memfailkan kes berkenaan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 13-9-2023 12:22 AM
Sial punya betina
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2023 12:25 AM
Tergamak tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote DayangKirana 13-9-2023 08:33 AM
may her son's ghost haunt her till her last breath...
Quote KBW2 13-9-2023 09:18 AM
Dulu ada kes lebeh kurang sama, tapi kat Turkey. Mak bunuh anak kecik sbb kantoi tengah ngesek dengan jiran.
Quote chiyoasuka 13-9-2023 06:47 PM
gilaaaaa mmg kau gilaaa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066102 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top