Tular video Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengulas mengenai hukum sistem jual beli apabila penjual meletakkan syarat untuk membeli barangan vendor terlebih dahulu sebelum makanan miliknya. Menurut penceramah itu, istem tersebut tidak sah dan barang yang dipaksa beli itu tidak sah kerana jual beli perlu ada keredaan dalam hati kedua-duanya yakni penjual dan pembeli.
"Bermakna bila jual beli itu tidak sah, kita pegang barang orang secara batil, penjual pegang duit orang secara tidak baik. Allah tidak suka cara macam ni." Susulan itu pengusaha bakeri terkenal, Kieda Crepe tampil menjawab mengenai isu tersebut setelah ramai yang ‘memetik’ nama usahawan itu gara-gara video terbabit. Ujar Kieda, dia tidak pernah memaksa pelanggan yang datang untuk membeli pencuci mulut di kedai miliknya sebaliknya, peraturan ‘support’ vendor telah pun diperkenalkan sejak tahun 2022 lagi. "Tak ada team yang turun tarik baju paksa beli di kedai Kieda. Kalau okey dengan rules, naik terus, kalau rasa tak okey, u-turn balik. "Tak ada erti sah sebab saya bukan baru beritahu support vendor ni waktu customer nak bayar di kaunter. Ulamak tak salah, netizen tak salah. Kieda ja yang salah sebab jaga rezeki orang, tak fikir customer." Kieda juga meminta orang ramai untuk tidak menyimpan niat buruk dan berhati busuk seperti menjatuhkan perniagaan orang lain lebih-lebih lagi yang diusahakan oleh muslim. -CARI Sumber: Beautifulnara
|
MissYouSayang replied at 12-9-2023 10:22 PM
Dia mcm ko nak beli gula sepeket je tapi takboleh gitu, ko kena beli beras 5kg dulu baru blh beli gu ...
MissYouSayang: Dia mcm ko nak beli gula sepek ...
lanacondor replied at 12-9-2023 09:26 PM
Xpaham sgt konsep dia ni.. ada siapa boleh terangkan x
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
30-9-2023 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.091233 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.