SUNGAI PETANI – “Saya dan suami tunggu sembilan tahun untuk dapat cahaya mata, tetapi dia pergi tidak sampai dua tahun tinggal bersama kami," kata Zarina Azmi, 34, yang kehilangan anak tunggalnya, Muhammad Ziyaf Mikhail Muhammad Yuzarith berusia setahun tujuh bulan akibat lemas.
Muhammad Ziyaf Mikhail ditemui lemas bersama datuknya, Azmi Abdullah, 78, di sebuah kolam hiasan terbiar berdekatan sebuah restoran di Taman Kempas, di sini kira-kira pukul 7.20 malam kelmarin. Menurut Zarina, dia reda dengan ketentuan Ilahi, namun masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu. “Saya dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 37, masih bersedih kerana anak kesayangan yang kami tunggu sembilan tahun hilang sekelip mata. “Saya masih trauma dengan kejadian ini dan mungkin sukar untuk melupakannya dalam masa terdekat,” katanya di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam.
Ketika ditanya tentang perubahan anaknya itu katanya, dia hairan dengan kelakuan anak tunggalnya yang asyik memeluk dan menciumnya sepanjang menemaninya di gerai makan miliknya di Taman Kempas kelmarin. “Saya rasa pelik dengan perbuatannya itu kerana seolah-olah dia enggan berenggang dengan saya sehingga datuknya datang mengambilnya pada pukul 5 petang semalam. “Itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya sebelum dimaklumkan anak ditemui meninggal dunia di dalam kolam itu kira-kira pukul 7.20 petang semalam,” ujarnya. Seorang jurukimpal, Alif Ikhmal Kintan, 26, berkata, kolam berbentuk bujur yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya berkeluasan anggaran satu meter lebar dan panjang tiga meter dengan kedalaman hampir satu meter itu sudah lama wujud di situ. Menurutnya, semasa berada di rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian, dia mendapat maklumat melalui WhatsApp mengatakan ada dua mangsa lemas di kolam berkenaan menyebabkannya berpatah balik. “Apabila saya sampai, mayat lelaki dewasa dan cucunya telah selesai diangkat oleh pihak polis,” katanya yang ditemui berhampiran kolam itu semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mayat warga emas dan cucu lelakinya itu ditemui seorang pekerja restoran tersebut pada pukul 7.20 malam sebelum menghubungi pihak berkuasa. Katanya, pemeriksaan terhadap kedua-dua mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. -CARI Sumber: Kosmo
|
tumpanglalu74 replied at 12-9-2023 07:59 PM
Takde unsur jenayah kapla hanggok korang.. Kalo betol2 nampak kat cctv atok tu hangkot cucu tu pegi ...
Zazama replied at 12-9-2023 09:44 PM
Boleh jd cucu terjatuh ke dlm kolam. Atuk panik dan terjun utk selamatkan. Selebihnya, Allah saja yg ...
makita replied at 12-9-2023 09:50 PM
Meols syak kolam ni berlumut dan melengkung. Wpon kedalaman 1 meter..dah nak berdiri pon tak stabil ...
Ketika ditanya tentang perubahan anaknya itu katanya, dia hairan dengan kelakuan anak tunggalnya yang asyik memeluk dan menciumnya sepanjang menemaninya di gerai makan miliknya di Taman Kempas kelmarin.
JunkMail replied at 12-9-2023 10:28 PM
Macam mana orang dewasa boleh lemas dalam kolam tak sampai 1m dalam? Berbaju ke idok tu?? Kalau boge ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
11-12-2023 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050175 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.