CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MP BN, PR sepakat kos ambil amah membebankan

4-7-2013 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3661| Komen: 46

Description: KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini senada ketika menyentuh berkenaan kos pengambilan pembantu rumah warga Indonesia yang disifat hanya membebankan rakyat.
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini senada ketika menyentuh berkenaan kos pengambilan pembantu rumah warga Indonesia yang disifat hanya membebankan rakyat.

Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) sepakat kerajaan harus mencari mekanisme kukuh untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada pembantu rumah warga asing itu, termasuk menaik taraf status pekerjaan itu untuk menarik minat dan penyertaan rakyat tempatan.

Membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Normala berkata kadar RM8,000 yang ditetapkan kerajaan lebih tinggi daripada tahap gaji minimum di Malaysia, iaitu antara RM1,000 hingga RM1,200.

"Kos untuk ambil ditetapkan RM8,000, jika dikira jumlah itu dengan kontrak dua tahun, campur gaji bulanan, tempat tinggal, makan dan peralatan lain, duit yang harus diperuntukkan untuk membayar pembantu rumah melebihi tahap gaji minimum. Ini tidak termasuk levi dan jika mereka sakit juga harus diambil kira," katanya.

Beliau juga mencadangkan kementerian bertanggugjawab untuk menyediakan latihan untuk ibu tunggal, ibu tinggal mahupun suri rumah yang berminat menceburi bidang pekerjaan itu dalam usaha meningkatkan ekonomi rumah tangga.   

Beliau juga mencadangkan diberi pelepasan cukai dan levi kepada majikan yang mengambil pembantu rumah seperti mana dilakukan syarikat-syarikat bagi meringankan beban mereka.

Dr Siti Mariah pula berpendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah harus dijenamakan semula, misalnya dengan menamakannya sebagai pengurus domestik untuk menarik minat orang tempatan menceburi sektor pekerjaan itu.

"Langkah pertama ialah untuk menarik minat orang tempatan untuk bekerja dalam sektor ini dengan mengubah nama 'rebranding'...kalau kita kata pembantu rumah atau 'maid' mungkin tak ada orang tempatan yang minat nak bekerja," katanya.

Beliau berkata apabila pengiktirafan diberikan kepada pekerjaan itu, penerimaan sosial mungkin akan meningkat dan ini bukan sahaja akan menguntungkan rakyat, malah juga kerajaan kerana masalah pengaliran keluar wang negara dapat dikurangkan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 4-7-2013 08:21 AM
selagi terdaya urus la ank sdiri..
nursery pun da ada byk.. pilih jerk yg terbaik..
minah2 indon ni ..susah aku nk percaya..
ramai yg menimbulkan masalah dr menyelesaikan msalah..
Quote izamahmed 4-7-2013 08:24 AM
haryatie posted on 4-7-2013 08:21 AM
selagi terdaya urus la ank sdiri..
nursery pun da ada byk.. pilih jerk yg terbaik..
minah2 indon n ...

betul. dah banyak berlaku. kenapa nak ambik deorg lagi.
kalau ada pun, jangan la bawa masuk ramai2
Quote addicted 4-7-2013 08:25 AM
mende ni hanya menguntungkan agent shj.. dpt agent jenis penipu
abeh sume duit..yg sengsara majikan
kesalahan yg agent buat tp bila dibawa ke imigresen at last majikan yg kena didenda
sedangkn agent yg penipu mengaut duit terlepas bebas
dan mencari mangsa seterusnya
Quote batusembilan 4-7-2013 08:28 AM
yg gaji minimum pun nk ambik amah jgk ke? kalau x silap aku, imigresen hanya benarkan majikan yg berpendapatan rm3k dan ke atas shj. betulkan jika maklumat tu salah.
Quote izamahmed 4-7-2013 08:30 AM
addicted posted on 4-7-2013 08:25 AM
mende ni hanya menguntungkan agent shj.. dpt agent jenis penipu
abeh sume duit..yg sengsara majikan ...

harus ada undang2 yg ketat supaya agent2 ni tidak sewenangnya membuat perjanjian menipu.
kalau indon tu lari, agent harus bayar 5 kali ganda dr wang yg diterima
Quote addicted 4-7-2013 08:38 AM
stakat ni tgk.. x de pantau or kawalan terhadap agent2 yg penipu ni
mcm sesuatu jehh..hmmm
x pernah pon tgk berita or dalam paper yg agent penipu ni ditangkap or didakwa
atas kesalahan mereka
Quote funnyTONE 4-7-2013 08:41 AM
kalu aku mmg tak rela ada maid ni...biar la terduduk buat kje mah pon takpe...
skang tgh sarat, jd bila tak larat aku amik yg harian pnya maid...keje 4 jam bayar 55...
siap umah aku ko boleh blah
Quote gogo2 4-7-2013 08:54 AM
Pemimpin meroyan pasal Amah.

Rakyat miskin terkilan.
Quote gaara_X 4-7-2013 08:56 AM
Gaji amah lebih baik dari kerani cabut di pejabat kerajaan....ahaks!!!
Quote chinatsu 4-7-2013 09:01 AM
insyaAllah aku takkan ambil maid indon sampai bila2.. aku rela lagi berhenti keje drpd menyerahkan anak aku bawah jagaan indon
Quote haryatie 4-7-2013 09:04 AM
4 tahun yg lepas..klau x silap
aku x tak tahu le tiba2 jerk..dpt surat atas nama laki aku (masa tu dia laki aku..sekrang da ex..hehehe)
yg mengatakan kita org ada ambil minah indon sbg maid..surat tuk fomema..
pd hal seumur hdup kita org x ada maid..aku la org gaji siang malam..hehehe..
puas jugak la aku duk siasat cam ner benda ni bleh jadi..
x tau siapa gunakan nama ex laki aku tu tuk maid yg x wujud dlm hdup kita org pun
terpaksa la kita org buat repot polis (tkut kemudian hari ada kes lak, x pasal2 terlibat ngan sindiket) dan juga surat query ke imgeresen..mujur ada kwn keje kat sana
pelik mcam mana suka suki jerk benda mcam ni boleh timbul..
x tau la siapa punya kerja..
Quote gogo2 4-7-2013 09:08 AM
chinatsu posted on 4-7-2013 09:01 AM
insyaAllah aku takkan ambil maid indon sampai bila2.. aku rela lagi berhenti keje drpd menyerahkan a ...

aku dengar amah suap anak dgn darah haid



Amah Campur Darah Haid Dalam Minuman Majikan
Tarikh Artikel : Jumaat, Mei 25, 2012 | Penulis : Harith | Kategori : Isu Semasa

SINGAPURA: Seorang amah Indonesia berdepan dengan hukuman penjara setahun dan denda selepas didapati bersalah mencampurkan darah haid ke dalam minuman majikannya.

Jumiah, 24, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman majikannya di Choa Chu Kang pada Ogos 2011.

Dia bekerja dengan majikannya, Phang Nyit Sin, 38 sejak setahun lalu.

Wanita berkenaan memberitahu mahkamah, dia bercadang mengaku bersalah.

Kes itu akan disebut sekali lagi minggu depan. – ST
Quote hazmireen 4-7-2013 09:08 AM
Sebenarnyaa amat setuju ambil orang kita, gaji maid sekarang banyak taww mcm gaji kerani cuma x glamor laaa tapiiii kalau ambik anak dara malayu n ibu tunggal nanti takut lain plak cita  , kalau yg baik dan bagus alhamdulillah... kalau dapat yg becita cita tinggi susah plak.. payung emas menunggu. If its not the maid then is the husband hihihiiii...
Quote dino 4-7-2013 09:17 AM
gogo2 posted on 4-7-2013 09:08 AM
aku dengar amah suap anak dgn darah haid

indon ni kan mana2 negara die p musti tunjuk keje gile
Quote chinatsu 4-7-2013 09:26 AM
indon ni taunya nak gaji mahal je..tp kualiti keje seiring ke?
Quote pelicano 4-7-2013 09:27 AM
Mulai sekarang parents kat Malaysia sekarang kenalah rasa susah senang besarkan anak...

Selama ni asyik harapkan maid ajer.... maybe after this hubungan anak dgn parents lebih rapat.....

....say no to Indon maids...
Quote pakwetizzaqyah 4-7-2013 09:28 AM
sepakat taik kucing ko... ada makcik2 nyonya2 aci2 nak kerja korang bagi gaji mcm bagi anjing makan... lepas tu dah naik kos amah ni pun ko bising..skang sapa rugi..rakyat sndiri rugi.... padan muka kena main belakang dengan indon... hahahaha..melayu cina dan india kini udah jadi caprut... hahahahhaa
Quote AHMADVW 4-7-2013 09:31 AM
dari bayar rm8000 baik trus kawin
Quote Al-Patih 4-7-2013 10:48 AM
Topik macam ni ...MP suri rumah yang bagus bercerita ...

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.101252 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top