CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal atas mangkuk tandas

4-7-2013 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3179| Komen: 18

Description: ALOR SETAR - Bau kurang menyenangkan dengan kehadiran lalat berhampiran tingkap sebuah rumah menimbulkan rasa pelik jiran-jiran menjadi petunjuk kepada penemuan mayat seorang warga emas.
111.jpg

ALOR SETAR - Bau kurang menyenangkan dengan kehadiran lalat berhampiran tingkap sebuah rumah menimbulkan rasa pelik jiran-jiran menjadi petunjuk kepada penemuan mayat seorang warga emas.

Lai Boh Lin, 76, ditemui mati dalam keadaan terduduk di atas mangkuk tandas dalam bilik utama rumahnya di Taman Saga, Alor Mengkudu dekat sini, dikatakan sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Jiran, Ong Keng Huat, 62, berkata, dia berasa hairan selepas menghidu bau busuk sejak tiga hari lalu tetapi belum mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi

Katanya, masuk hari kelima (semalam) bau itu semakin kuat sehingga dia dan keluarga tidak tahan lagi.

“Selepas saya jenguk ke rumah dia (si mati) dan mendapati banyak lalat yang menghurung sebuah tingkap rumah itu.

“Saya mengajak beberapa jiran yang lain untuk melihat apa yang berlaku. Kami mengetuk pintu rumah yang berkunci tetapi tiada sahutan, jadi kami menghubungi anggota Rela,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Selepas menemui mayat Boh Lin, mereka kemudian menghubungi polis pada kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Keng Huat berkata, jirannya yang juga seorang tabib itu jarang pulang ke rumah berkenaan berikutan sudah berpindah dan tinggal bersama isterinya di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, si mati juga seorang yang pendiam dan jarang berkomunikasi dengan jiran-jiran di situ.

“Dia sudah lama tinggal di sini, kemudian berpindah selepas anak perempuannya pergi melanjutkan pelajaran di luar negara. Dia akan pulang sesekali sahaja.

“Tetapi pada Sabtu lalu, kami ada berbual selepas dia minta tolong tolak keretanya yang rosak. Dia juga ada mengadu rasa tak sedap hati dan badan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, ketika dihubungi berkata, sehingga kini (semalam) mayat tersebut masih dalam siasatan lanjut (post-mortem).

“Setakat ini kita klasifikasi kes sebagai mati mengejut. Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari lalu.

“Mengikut rekod si mati juga menghidapi penyakit jantung,” katanya.


7

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 4-7-2013 08:00 AM
kira panjang gak umur dia 76 thun,

yg kita xtahu bila2 je tuhan boleh cabut nyawa
Quote izamahmed 4-7-2013 08:13 AM
ni 1 lagi kes takde org lain dlm rumah...
Quote haryatie 4-7-2013 08:18 AM
sian nyer..
tu la klau hdup bersendirian....
Quote supernaturalee 4-7-2013 08:18 AM
mmg perlu ke ambik gambar usung mayat mcm tu? (refer pd guy yg sdg snap picca)

Quote batmana 4-7-2013 08:21 AM
ni lagi satu kes, ada anak , bini lum tentu tak jadi cmni..

Quote izamahmed 4-7-2013 08:25 AM
supernaturalee posted on 4-7-2013 08:18 AM
mmg perlu ke ambik gambar usung mayat mcm tu? (refer pd guy yg sdg snap picca)

hahaha, aku tak terlibat. aku copy paste bulat2 dari news online
Quote bbalik 4-7-2013 08:35 AM
dah lima hari....
Quote tobby 4-7-2013 08:35 AM
AHMADVW posted on 4-7-2013 08:00 AM
kira panjang gak umur dia 76 thun,

yg kita xtahu bila2 je tuhan boleh cabut nyawa

betul gak. ramai sgt yg mati below 70 skrg ni. kena diabetes, jantung, buah pinggang, stroke... age 50 pun ramai yg mati mengejut especially lelaki.
Quote stryder_cats 4-7-2013 09:12 AM
kesian warga emas meninggal sorg2 di rumah
Quote amyainsamad 4-7-2013 09:17 AM
mesti byk harta ni.......
Quote chinatsu 4-7-2013 09:21 AM
berak sembelit?
Quote gogo2 4-7-2013 09:26 AM
Mungkin mati lepas melahirkan alien menerusi jxbxr..
Quote pakwetizzaqyah 4-7-2013 09:40 AM
bauk ketiak bangla lagi busuk...
Quote rokiah_sisip 4-7-2013 10:21 AM
dah ajalnya mati dalam tandas...huu
Quote prettyuglybabe 4-7-2013 10:25 AM
kasihan..



Quote InVendeTTa 4-7-2013 10:35 AM
kesiannya hidup beliau mati camtuh jek
Quote girly.. 4-7-2013 10:41 AM
supernaturalee posted on 4-7-2013 08:18 AM
mmg perlu ke ambik gambar usung mayat mcm tu? (refer pd guy yg sdg snap picca)

tuh lah kan... bengong... ni polis ke attenden hospital ?  

mcm2 peel.

sian dia.. dok sorang2... mati pon sorang2
Quote supernaturalee 4-7-2013 10:45 AM
korang ni xbaik taw make fun of how he die
igt sket, korang nye turn tah mcmana plak
it could be ..............
(ingatan utk diri sendiri jgk)

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.125870 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top