CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Blueface Kena Serang Di Gim, Paha Cedera Ditusuk Pisau

27-8-2023 10:58 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2122| Komen: 0

Description: Penyanyi rap Blueface berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang menjalani latihan tinju di sebuah gimnaisum di Los Angeles pada Khamis lalu.Menerusi rakaman vid ...
Penyanyi rap Blueface berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang menjalani latihan tinju di sebuah gimnaisum di Los Angeles pada Khamis lalu.

Menerusi rakaman video yang tersebar, lelaki tersebut datang menghampiri Blueface atau Jonathan Jamall Porter, 26, sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.



Jurulatih penyanyi rap tersebut, David Kaminsky cuba menenangkan keadaan selain cuba menghalang lelaki tersebut daripada mendekati Blueface.

Kaminsky seperti dipetik TMZ berkata, lelaki yang tampil memakai singlet putih dan seluar jeans biru itu turut mengugut mahu membunuh Blueface namun tidak mengetahui punca sebenar individu itu tidak berpuas hati dengan penyanyi rap berkenaan.

Blueface yang kemudiannya hilang sabar bertindak menumbuk lelaki berkenaan di bahagian muka sebelum suspek mengeluarkan pisau dari poket dan menyerangnya.


Akibat serangan itu, Blueface mengalami kecederaan di bahagian paha.

Sementara itu, menerusi satu laporan lain, lelaki berkenaan berjaya ditahan pihak polis dan didakwa melakukan serangan menggunakan senjata berbahaya.

Lelaki berusia 36 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sementara menanti perbicaraan.

Susulan kejadian itu, Blueface memberitahu dia tidak dapat meneruskan penglibatannya dalam satu perlawanan tinju yang dijadualkan berlangsung Oktober ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.038384 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top