Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Lucinta Luna, 34, mengumumkan keputusan dramatiknya untuk menutup akaun media sosial dan mendedahkan keadaan kesihatan mentalnya yang terganggu akibat kecaman netizen.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram miliknya semalam, Lucinta yang juga tunangan Arten Boltian atau Alan, memuat naik video simbolik dirinya memotong rambut bahagian belakang hampir botak sebagai bentuk ekspresi menzahirkan kekecewaannya. Menerusi tulisan huruf besar, Lucinta menitipkan pesanan keras kepada semua 'haters' (pembenci) di luar sana "Jika tekanan darah naik hingga 150/90, segera bersihkan pembuluh (darah). "Semoga kalian (netizen) puas. Hanya doa terbaik dariku buat kalian semua yang mengecam saya di seluruh Indonesia," tulisnya Selebriti 'transgender' sensasi itu menegaskan, dia sudah penat dengan perlakuan buruk yang diterimanya dan menyentuh soal hukum karma.
Katanya, dia mengamuk kerana dirinya dibuli netizen sehingga membabitkan penghinaan kepada mendiang kedua orang tuanya. "Saya sudah bosan dan penat hidup seperti kotoran yang dipijak-pijak," katanya yang turut memberitahu dirinya sudah didiagnosis menghidap gangguan kesihatan mental. "Semoga aib anda yang lebih teruk tidak terbuka seperti diriku ini. Ingat doa berputar. Saya percaya pada karma. Tepuk tanganlah kalian wahai orang-orang suci yang menghinaku,"tulisnya lagi dengan hashtag #penyakitmental. Sumber: Harian Metro
|
fealefea replied at 27-8-2023 05:25 PM
Aku syak jantan omputih tu kene bayo utk layankan die. Ewww. Takan la bodo sgt omputih dari negara b ...
ADVERTISEMENT