Bintang terkenal Hollywood, Halle Berry akhirnya rasmi bercerai dengan suaminya, iaitu pelakon yang berasal dari Perancis, Olivier Martinez pada 23 Ogos lalu selepas lapan tahun yang memenatkan turun naik mahkamah.
Difahamkan Martinez telah memfailkan perceraian terhadap Berry pada Oktober 2015, namun proses tersebut memakan masa selama lapan tahun membabitkan hak penjagaan anak mereka, Maceo. “Akhirnya kami berpisah (bercerai). Moga ini jalan yang terbaik,” kata Berry. Menurut laporan E Online, Berry dan Martinez akhirnya sepakat untuk mendapat hak penjagaan bersama anak mereka yang kini berusia sembilan tahun. Dalam perjanjian mahkamah yang dibuat, pelakon filem Catwoman itu perlu membayar wang persekolahan, pakaian sekolah dan kelengkapan pendidikan anaknya sebanyak AS$8,000 (RM37,000) sebulan. Seperti diketahui, kedua-dua mereka mula berkenalan sewaktu menjalani penggambaran filem Dark Tide pada 2010.
Sumber: Kosmo Online
|
ADVERTISEMENT