Tular perkongsian seorang wanita yang bercinta selepas bernikah. Dia mengakui kebodohannya terikut dengan trend kahwin muda ala islamik yang bercinta selepas nikah. Katanya, mereka tinggal berasingan memandangkan sedang melanjutkan pengajian dan makan minumnya ditanggung suami walaupun tidak diberi duit poket. "Saya hidup guna duit pinjaman PTPTN je, macam zaman saya bujang. Saya jumpa dia dalam sebulan sekali. Saya faham sebab dia pun tak berduit sangat," katanya. Sehinggalah dia meminta suami menemaninya melakukan pemeriksaan kerana firasat mengatakan dia sedang hamil. Bagaimanapun, wanita itu berkecil hati apabila dimarahi suaminya. "Kemudian sejam lepas tu dia text lagi, suruh saya jadi penjamin. Mintak gambar kad pengenalan dan alamat rumah ibu bapa. Rupa-rupanya dia ada pinjam along RM30,000," ujarnya kecewa hingga terdetik rasa menyesal berkahwin dengan lelaki itu.
Lebih menyedihkan, anak mereka mahu dijual suaminya jika dia berkeras enggan menjadi penjamin. "Rasa menggigil tangan ni. Tak tahu nak fikir lagi. Saya muda, saya naif, itu saya mengaku. La ni kat parents pun saya tak bagitahu lagi sebab takut. Parents dia dua2 dah meninggal. Apa patut saya buat?" ujarnya buntu. Luahan yang dikongsikan di laman Facebook Kementerian Netizen Malaysia itu turut disertakan tangkap layar perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp. Melihat ruang komen, netizen menitip pelbagai pesanan antaranya buat laporan polis dan meminta fasakh. Pun begitu, ada juga yang mendakwa kisah ini adalah ceerita ulangan dan pernah disiarkan beberapa tahun lalu. - CARI
|
ADVERTISEMENT