CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5343|Reply: 10

Suami Ugut Jual Anak Belum Lahir Kalau Enggan Jadi Penjamin Hutang Along

[Copy link]
Post time 1-8-2023 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Tular perkongsian seorang wanita yang bercinta selepas bernikah.


Dia mengakui kebodohannya terikut dengan trend kahwin muda ala islamik yang bercinta selepas nikah.




Gambar hiasan




Katanya, mereka tinggal berasingan memandangkan sedang melanjutkan pengajian dan makan minumnya ditanggung suami walaupun tidak diberi duit poket.


"Saya hidup guna duit pinjaman PTPTN je, macam zaman saya bujang. Saya jumpa dia dalam sebulan sekali. Saya faham sebab dia pun tak berduit sangat," katanya.


Sehinggalah dia meminta suami menemaninya melakukan pemeriksaan kerana firasat mengatakan dia sedang hamil.


Bagaimanapun, wanita itu berkecil hati apabila dimarahi suaminya.


"Kemudian sejam lepas tu dia text lagi, suruh saya jadi penjamin. Mintak gambar kad pengenalan dan alamat rumah ibu bapa. Rupa-rupanya dia ada pinjam along RM30,000," ujarnya kecewa hingga terdetik rasa menyesal berkahwin dengan lelaki itu.




Gambar hiasan




Lebih menyedihkan, anak mereka mahu dijual suaminya jika dia berkeras enggan menjadi penjamin.


"Rasa menggigil tangan ni. Tak tahu nak fikir lagi. Saya muda, saya naif, itu saya mengaku. La ni kat parents pun saya tak bagitahu lagi sebab takut. Parents dia dua2 dah meninggal. Apa patut saya buat?" ujarnya buntu.








Luahan yang dikongsikan di laman Facebook Kementerian Netizen Malaysia itu turut disertakan tangkap layar perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp.
























Melihat ruang komen, netizen menitip pelbagai pesanan antaranya buat laporan polis dan meminta fasakh.


Pun begitu, ada juga yang mendakwa kisah ini adalah ceerita ulangan dan pernah disiarkan beberapa tahun lalu. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 08:34 PM | Show all posts
aduh apakah ahlong ini tidak boleh diatur oleh kerajaan tentang hal jaminan hutang?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
So ape kesudahan kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:35 PM | Show all posts
bila biawak nak jadi buaya
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
nk bcinta lpas nikah pun,pastikan cek background btul2..bukan main tangkap muat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 10:41 AM | Show all posts
report pulis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2023 11:31 AM | Show all posts
janji berlaki dek..
tengah belajar pun gigih nak mengandung..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Wali tak cek bekground mamat ni ka sblm kawen?
Minah ni awat vodow sgt? Itu nasib baik kenai online, jumpa tapi masih idup.. ada yg jumpa online tapi tak bernyawa lepaih jumpa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 11:44 AM | Show all posts
mujur bukan bekas suami mek yah walaupun bekas suami mek yah dulu pun biawak hidup
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 12:16 PM | Show all posts
CERAIKAN AKU
CERAIKAN AKU


JANGAN BODOHKAN DIRI TERIKAT DALAM PERKAHWINAN TOKSIK

merintih dimedia sosial tak membantu dik

kau gi merintih kat mahkamah ada juga kesudahannya

tak pun kau pulang kan balik laki kau tu kat mak bapak dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 01:53 PM | Show all posts
adoi xpyh belaki la mcm ni, baru kawin tu cptla angkat kaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.137563 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list