Seorang pengguna Facebook meluah perasaan terkilannya melihat layanan diberi ibu mentua ketika bapa mentuanya uzur. Katanya, dia sebagai menantu tidak mampu berbuat apa kerana enggan masuk campur biarpun sedih melihat arwah bapa mentua menerima layanan buruk daripada isteri derhaka.
Malah kata wanita itu, ibu mentuanya malu mahu menguruskan suami sendiri jika ada kawan bertandang ke rumah. "Sampailah hari ini, pak memtua dah lama pergi. Allah menyayanginya. Kami melihat dengan mata kami bagaimana Allah memberi balasan kepada mak mentua sekarang. "Hidup mak mentua sekarang ibarat apa yang dia buat dulu terhadap pak mentua. Kadang najis pun tunggu anak pulang kerja baru ada yang basuh," katanya.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu tidak disenangi pengguna lain yang sepakat menyalahkan anak menantu wanita itu yang sepatutnya dipersalahkan kerana menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menjaga bapa uzur kepada seorang ibu. - CARI |
ADVERTISEMENT