CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas mati sendirian

3-7-2013 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10032| Komen: 28

Description: SABAK BERNAM– Seorang lelaki warga emas yang tinggal keseorangan sejak 40 tahun lalu ditemui mati dalam keadaan meniarap dan berbogel di rumahnya di Parit 2 ½ Timur, Sungai Besar, di sini, pagi ...


SABAK BERNAM– Seorang lelaki warga emas yang tinggal keseorangan sejak 40 tahun lalu ditemui mati dalam keadaan meniarap dan berbogel di rumahnya di Parit 2 ½ Timur, Sungai Besar, di sini, pagi kelmarin.

Mayat mangsa, Suliman Mustapa, 76, yang sudah reput dan dihurung lalat itu dijumpai rakannya dan seorang kontraktor di tepi tilam dalam sebuah rumah berkenaan.

Rakannya, Sharif Hussin, 56, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang kontraktor yang menjalankan kerja membaik pulih rumah mangsa namun berasa hairan mangsa yang tidak keluar rumah apabila dipanggil.

“Kontraktor itu memberitahu, dia sudah puas memanggil mangsa berkali-kali tetapi tidak disahut, jadi dia mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada saya kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku”, katanya.

Sharif berkata, dia yang tiba di rumah mangsa selepas dimaklumkan kejadian itu bersama kontraktor itu bertindak menolak pintu rumah mangsa tetapi gagal kerana berkunci dan kemudiannya cuba mengintai lubang rumah
berkenaan.

“Kamiterus ke bahagian tepi rumah untuk jenguk dari tingkap dan terkejut melihat mangsa dalam keadaan tertiarap di tempat tidurnya dengan dihurung lalat dan mayatnya hampir reput,” katanya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu mangsa pada minggu lalu, bagaima-napun rakannya yang mempunyai isteri dan anak di Pasir Gudang, Johor itu tidak menunjukkan petanda mengalami masalah kesihatan.

“Saya pernah berjiran dengan mangsa dan kerap datang melawatnya ke rumah untuk lihat keadaannya, cuma sejak kebelakangan ini saya sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak sempat menjenguknya di rumah,” katanya.

“Kebiasaannya, jika arwah tidak sihat, saya akan bawa mangsa ke klinik dan dia juga tidak ada penyakit kronik,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk bedah siasat.

“Tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan berhubung kematian mangsa dan kes diklasifikasikan mati mengejut..


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epysha 3-7-2013 10:58 AM
mati mengejut tika tido bogel.
Quote izamahmed 3-7-2013 11:00 AM
mana la pegi anak2, saudara mara~~
Quote batman_2007 3-7-2013 11:00 AM
Semoga ditempatkn bersama sama owang beriman gitu. Bole?
Quote izamahmed 3-7-2013 11:02 AM
batman_2007 posted on 3-7-2013 03:00 AM
Semoga ditempatkn bersama sama owang beriman gitu. Bole?

doa boleh
Quote shida81 3-7-2013 11:27 AM
kenapa amik gambo org mati dlm keadaan mcm tu.. aib mayat tu......
Quote prettyuglybabe 3-7-2013 11:28 AM
kasihan..









Quote izamahmed 3-7-2013 11:29 AM
shida81 posted on 3-7-2013 11:27 AM
kenapa amik gambo org mati dlm keadaan mcm tu.. aib mayat tu......

dlm news deorg letak. seluruh malaysia yg baca nampak.
ok kat sini aku delete gambar tu. moga2 allahyarham mendapat rahmat. amin
Quote berun 3-7-2013 02:37 PM
mcm pelik je.. tu gmbr betul ke?
Quote ell768 3-7-2013 02:41 PM
kesian..mmg takde anak2 and sedara mara ke?
Quote izamahmed 3-7-2013 02:43 PM
berun posted on 3-7-2013 02:37 PM
mcm pelik je.. tu gmbr betul ke?

ada dlm news utusan kalau tak silap
Quote berun 3-7-2013 02:54 PM
izamahmed posted on 3-7-2013 02:43 PM
ada dlm news utusan kalau tak silap

ok2 makasih ya pak izamah
Quote missdahlia 3-7-2013 03:39 PM
al fatihah
klu ade ibubapa tgal sorang2
slalu le tnya khabr
Quote yayangmama 3-7-2013 04:05 PM
kesiannya...cam ni la yg ku xnk kalu mati sok...
alih2 org jumpa da berulat je...huhu...alfatihah
Quote sitihawa 3-7-2013 04:09 PM
kita tak tahu lagi apa nasib kita waktu mati nanti
Quote izamahmed 3-7-2013 04:09 PM
yayangmama posted on 3-7-2013 04:05 PM
kesiannya...cam ni la yg ku xnk kalu mati sok...
alih2 org jumpa da berulat je...huhu...alfatihah

mintak jauh.
kena didik anak2 syg ibu bapa. jgn tinggalkan ibu bapa sorg2
Quote lolipopmanish 3-7-2013 04:56 PM
kesiannya...
Quote izamahmed 3-7-2013 05:00 PM
missdahlia posted on 3-7-2013 03:39 PM
al fatihah
klu ade ibubapa tgal sorang2
slalu le tnya khabr

ramai yg tak suke jaga mak bapak yg dah tua. tu la masalahnya.

Quote sepiITUindah 3-7-2013 05:01 PM
perlu ker nak tulis dalam bogel tu??
time restoran ternak lipas / kotor ker //cekik darah ker...tak nak lak cerita detail nama restoran tersebut nombor lot kedai
alamat penuh...baghalll
Quote izamahmed 3-7-2013 05:03 PM
sepiITUindah posted on 3-7-2013 05:01 PM
perlu ker nak tulis dalam bogel tu??
time restoran ternak lipas / kotor ker //cekik darah ker...tak ...

ntahlah media ni pun macam2 hal. kehkehkeh.
macam2 word dia guna nak hotkan berita

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.111319 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top