CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bekas Budak Sekolah Agama Dedah Disuruh Jual Kismis, Dibogelkan Takut Ada Duit Jualan Disembunyikan

19-7-2023 04:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1291| Komen: 8

Menerusi program ‘Realiti’ episod yang kelima, seorang bekas budak sekolah agama yang dikenali sebagai Amin tampil berkongsi mengenai kisah hitamnya sewaktu berusia 13 tahun.


"Saya anak tunggal dan ibu masih ada. Saya masuk sekolah agama sebab kasihan melihat ibu kerana berhadapan situasi yang sukar. Sekolah agama yang saya masuk tu tanggung semua. Mula-mula macam biasa, saya bergaul dengan kawan. Cuma jadual dan rutin harian kami lain tidak seperti budak sekolah biasa.


"Kami 5 pagi dah bangun untuk subuh, waktu sarapan kena zikir, masuk kelas dan ada hafazan. Walaupun jadual padat, saya bersyukur sebab kawan-kawan semua baik," katanya.



Amin mula berasa pelik apabila rakan senior mereka tiba-tiba ‘hilang’ dan tidak kelihatan di sekolah pada waktu yang sepatutnya.


Pelajar senior hanya ada pada hujung minggu atau kelihatan selepas Isyak dengan wajah letih atas alasan pergi berkhidmat.


Selepas tiga bulan berlalu, Amin berkata dia dan sembilan orang lagi rakan telah dipanggil masuk ke dalam pejabat. Sewaktu berada di pejabat, mereka dipaksa keluar untuk menjual kismis dan air bacaan Al-Quran.


"Kami dipaksa seawal solat Subuh dan dihantar jauh dari sekolah. Kami tak pergi sekolah. Keadaan macam ini dikatakan setiap minggu tiga hingga empat kali. Masa kena buat tu kami tak dapat makanan dan minuman. Sampai saya terpaksa meminta-minta dekat orang awam sebab haus dan penat.


"Bila balik, kami kena bagi semua duit hasil jualan. Mereka akan suruh kami bogel sebab nak periksa sama ada kami sembunyi duit ataupun tidak. Ada suatu masa, kawan saya kena belasah. Dia simpan duit sedekah yang orang awam bagi untuknya. Saya jadi takut dan nekad nak lari," katanya.


Disoal sama ada Amin sempat lari dari asrama ataupun tidak, lelaki yang berasal dari Selangor ini memberitahu dia tidak sempat melakukan tindakan tersebut. Ini kerana, ada orang awam telah membuat aduan kepada pihak berkuasa.


Di akhir video, Amin berharap semua pihak pengurusan sekolah agama tidak mengambil kesempatan terhadap anak yatim yang berada di sekolah mereka. Buat ibu bapa di luar sana pula, Amin berharap mereka melakukan soal selidik terlebih dahulu mengenai latar belakang sekolah sebelum menghantar anak masing-masing.



Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 19-7-2023 05:13 PM
Albarokah ape tah juai kalender cabuk rm10.. aku tanye budak tuu... Adik tak sekolah kee.. Hari ni tak.. sayang.. budaknya nmpk baik..

Satu LG alarqam.. bebudak punya lobai skit punya tebal.. pas tuu juai majalah... Siann
Quote lanacondor 19-7-2023 08:44 PM
Dlo meolz kje kt kedah.dok la tny2 bdk2 ni bljar ke x. Dorg ckp pg blajar bc2 doa sikit. Lpas tu kne keluar jual kismis ni semua. Kalau xckup amaun xboleh balik. Yg bosnya org kaya kt Kedah tu. Skali Salam hulur rm50. De skali dorg jual muka tokey nya. De taik lalaylt kt pipi. Last iolz jumpa tokeynya de kilang besar kt shah alam. Jual minyak angin muka gmb tokeynya. Ada taik lalat seketul kt pipi
Quote liyamariska 20-7-2023 07:50 AM
kesian bebudak ni dipergunakan utk poket org lain...

dh cam sindiket jenayah bertopengkan agama, dahlah tak  bagi makan minum apatah lagi gaji bekerja...

harap keadilan sewajarnya utk bebudak nih...
Quote sayurmayur88 20-7-2023 12:03 PM
dipergunakan atas nama agama.
Quote otai_g 20-7-2023 12:31 PM
Bg hukum Mati je scammer agama Ni. Paling hina inilah dia penunggang agama.
Quote acikonion 21-7-2023 03:10 PM
sian lahai budak2 ni dipergunakan
Quote sambaldurian 22-7-2023 09:44 AM
Sbb tu la, klu aku nk isi minyak, nmpak mcm ada pmpuan berpurdah, remaja tepi tiang minyak sanggup aku x isi minyak kt situ. Cari tempat lain. Smpai ada sekali pekerja bangla kt situ pki baju melayu first day raya aku ingat geng2 ni, buat malu aku patah balik.( yela stesen tu self service , tetiba staff dia ada ). Tp please ye, pengurusan tolong cari cara lain cari duit, tlg la jgn letak remaja. Aku ni rs bersalah x derma.
Quote chiyoasuka 27-7-2023 10:25 PM
kesian budak2 tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060039 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top