Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Dr Samhan berkongsi kisah mengenai seorang wanita yang menghidap penyakit HIV gara-gara perbuatan terkutuk suami sendiri. Menurut wanita tersebut, dia sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga berikutan suaminya ‘kaki botol’. Bukan itu sahaja, suaminya sering ke kelab malam dan pulang ke rumah lewat malam. Lebih menyedihkan, wanita itu sedang sarat mengandung.
"Suami saya orang kenamaan, berjawatan tinggi dan dihormati. Umur dia 35 tahun. Kami sudah kahwin 5 tahun. Sekarang saya mengandung dan saya baru tahu menghidap HIV. "Saya dapat tahu HIV masa buat buku pink. Saya suri rumah sepenuh masa. Hidup saya bergantung sepenuhnya pada suami saya," wanita itu. Bercerita lebih lanjut, wanita berkenaan turut memberitahu bahawa suaminya mempunyai ‘boyfriend’. "Saya pernah buka telefon dia dan terjumpa foto dia berselimut bersama boyfriend di hotel. Dia bukan jenis lelaki lembut. Badan sasa, sedap mata memandang. Saya pun terkejut, dia ada nafsu pada lelaki," kata wanita itu lagi.
Ujar wanita tersebut, dia sendiri terkejut apabila suaminya mempunyai nafsu pada kaum sejenis. Pada masa yang sama, dia sudah mengetahui punca sebenar dijangkiti HIV. Menerusi posting tersebut juga, Dr Samhan mengupas sedikit info mengenai HIV. Jelas Dr Samhan, penetrasi dubur oleh zakar dalam hubungan homoseksual lebih banyak menghasilkan kecederaan dengan pecahnya salur darah dan memungkinkan virus HIV masuk melalui salur darah. Sumber: Oh Bulan
|
hudalarva replied at 19-7-2023 01:10 PM
kalau botol pun heols berani tonggang... maksiat yg ringan drp tu mesti dah jadi kebiasaan... ada ke ...
gideoncross replied at 19-7-2023 02:54 PM
Kan dia dh bgithu yg dia brgntung sepenuhnya kat laki.
gideoncross replied at 19-7-2023 02:54 PM
Dri lorong blakang mmg sng dpt HIV AIDS pun.
hudalarva replied at 19-7-2023 04:16 PM
I tau tu... Cuma bergantung sepenuhnya kat laki sounds wo lame and self degrading... like u dah gi ...
ciksom replied at 19-7-2023 10:01 PM
Aku pun hairan org yg berani langgan kat lorong. Tak takut penyakit ke. Kalau sehari dia layan 1 c ...
mawardia replied at 19-7-2023 06:33 PM
Patut bila kau dpt tau laki kau kaki botol kau dah tinggalkan dia. Cari keje. Bina hidup sendiri. Ba ...
Sesuatu… replied at 19-7-2023 10:40 AM
Korg nk mengunyit jgn la sampai bawak bala dekat org lain. Hishh lahhh
gideoncross replied at 20-7-2023 02:38 PM
Ni msti jenis "Nnti laki aku akn brubah, aku pasti". Sbb mmg ada org yg jenis cmni, dia ingt nnti ...
mawardia replied at 20-7-2023 05:13 PM
And mindset "baru kawen dah cerai. apa org ckp nanti."
gideoncross replied at 21-7-2023 07:56 PM
Klau dh x sehaluan, baik cerai je, xyah nak skema sngt "Aku stay sbb anak2". Last2 mental health t ...
mawardia replied at 21-7-2023 08:07 PM
Kwn I psychologist. She ols ckp no such thing as 'taknak cerai sebab kesian kan anak2'. Tidak.
Y ...
ADVERTISEMENT