Tular luahan hati seorang wanita yang lelah dengan sikap suaminya masih mengikut telunjuk ibu sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka. "Aku dah nak dekat setahun kahwin. Next month cukup la setahun tu, tapi aku ada masalah bila mentua tak putus susu dekat anak dia. Maksudnya, tak boleh lepaskan suami aku ni hidup berdua dengan isteri sendiri," ujarnya memulakan cerita.
Menurut wanita itu, dia pada awalnya menetap di rumah flat keluarga mentuanya dalam keadaan daif sebelum berpindah ke sebuah rumah sewa baharu. Meskipun 'bebas' daripada berdepan mentuanya, wanita itu tetap terseksa kerana suaminya akan pulang ke rumah keluarga setiap hujung minggu. "Hari yang ditunggu, aku dapat pindah. Itu pun ibu mentua aku bising dekat suami katanya rumah sewa kami mahal sangat. Walaupun dah ada rumah sewa, setiap minggu kami akan tidur rumah mentua. Sebab mentua hari-hari voice note nangis-nangis kat suami cakap sunyi kat rumah tiada siapa," ujarnya. Tambah wanita itu, rutin mingguan itu membuatkan dia penat sehingga berlaku pergaduhan antara dia dan suami. "Aku reda. Aku ikut suami tiap minggu ke rumah mentua. Sampai satu tahap, aku cakap nak rehat minggu ni, nak duduk rumah nak kemas rumah. Terus suami melenting. Padahal selama ni aku tak pernah bantah. Cuma kali tu je aku nak rehatkan badan sebab penat kerja," ceritanya lagi. Bagai menambah bara di hatinya, wanita itu berkata dia sekali lagi kesal apabila kehamilan yang sepatutnya menjadi khabar gembira menjadi satu tekanan buatnya akibat sikap mentua yang terlalu mengada-ngada. Malah, dia mendakwa dipaksa berpantang di rumah mentuanya sahaja. Bukan itu sahaja, nama anak pun ibu mentua aturkan. Perkongsian tersebut menerima lebih 1,700 ulang kicau di laman Twitter dan turut dihujani banyak komen netizen termasuklah yang memberi nasihat kepada wanita itu. Sumber: mStar
|
Yoonggi: aiyo, ada gak mcm ni. mesti tertekan je dia ni. tp b4 kawen xtau ka laki dia ni mummy's boy ya amat?
isseliparjepun replied at 22-7-2023 12:15 PM
On the other hand, semoga I tak jadi macam mertua begini. Sebab anak anak I pun semua lelaki. I pera ...
anony-mous replied at 23-7-2023 08:42 AM
Biasanya rumah sndiri or parent sdri la kan? Tp yg lelaki suka paksa balik rumah mak dia. Kalau se ...
ADVERTISEMENT