CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Besi pacak leher rakan

3-7-2013 09:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2687| Komen: 17

Description: Teluk Intan: “Saya tak tahu dari mana kepingan spring besi itu muncul. Yang saya tahu, sebaik saja kereta kami berhenti selepas terbabas, rakan saya tak sedarkan diri dan berlumuran darah dengan besi ...


Teluk Intan: “Saya tak tahu dari mana kepingan spring besi itu muncul. Yang saya tahu, sebaik saja kereta kami berhenti selepas terbabas, rakan saya tak sedarkan diri dan berlumuran darah dengan besi spring itu terpacak menembusi lehernya.”

Demikian kata Lim Kim Hooi, 40-an ketika menceritakan kematian rakannya, Ooi Yean Teong, 44, dalam kejadian di Kilometer 42, Jalan Sitiawan ke Teluk Intan, di sini, jam 2.20 pagi semalam.

Mangsa yang memandu kereta Proton Wira mati di tempat kejadian akibat parah selepas sekeping spring besi yang biasanya dipasang pada bahagian penyerap hentakan lori tertusuk di lehernya.

Lim berkata, sebelum kejadian dia dan Ooi dalam perjalanan pulang ke rumah dengan rakannya itu memandu kereta manakala dia duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

“Kami dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Teluk Intan selepas keluar makan di Sitiawan,” katanya ketika ditemui, semalam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 3-7-2013 09:02 AM
skerinya ...
Quote kambeng_masam 3-7-2013 09:05 AM
innalillah. bala datang tidak bergolek tapi melantun.
Quote haryatie 3-7-2013 09:07 AM
eeeee...ngeri nyer...
Quote adifrs 3-7-2013 09:07 AM
malang tak berbau...bile2 mase jek boleh berlaku...
Quote cuki 3-7-2013 09:09 AM
nauzubillah....
Quote izamahmed 3-7-2013 09:09 AM
besar besi tu. tak tergambar cammana kejadian.
Quote nicuya 3-7-2013 09:36 AM
mcm final destination plak
Quote mdmyana 3-7-2013 09:39 AM


tak terjangkau dek fikiran..
Quote izamahmed 3-7-2013 09:39 AM
nicuya posted on 3-7-2013 01:36 AM
mcm final destination plak

hahaaha. baik hati2 memandu. terbabas macam2 kat tepi jalan tu
Quote ribena84 3-7-2013 09:40 AM
huyohhhhhhhhhhhhh skeri meri giler ni
Quote chique 3-7-2013 10:08 AM
pernah ada lori accident kat situ kot, pastu ada body part (lori) yang tertinggal atas rumput
Quote sapp73 3-7-2013 10:15 AM
scary gila....benda yang tak dijangka. Pernah alami kejadian yang lebih kurang sama....travel dari melaka ke trengganu...sedang folo treler selang 2 buah kereta,....tetiba tayar treler tu tercabut dan melantun ke belakang...memang menakutkan
Quote izamahmed 3-7-2013 10:21 AM
chique posted on 3-7-2013 02:08 AM
pernah ada lori accident kat situ kot, pastu ada body part (lori) yang tertinggal atas rumput

mungkin jugak sebab besi tu part of body lori kan
Quote niceghost2005 3-7-2013 10:39 AM
haryatie posted on 3-7-2013 09:07 AM
eeeee...ngeri nyer...

Besi spring nie selalu oghang buat pedang or parang.

Kira ini sudah 'makan' oghang laaaaa
Bagus tu buat pedang/parang.
Quote norie230 3-7-2013 11:49 AM
nauzubillah...
Quote izamahmed 3-7-2013 11:51 AM
niceghost2005 posted on 3-7-2013 10:39 AM
Besi spring nie selalu oghang buat pedang or parang.

Kira ini sudah 'makan' oghang laaaaa

kalau jual naik harga besi ni.
jangan jadi besi berhantu pulak
Quote shahx 3-7-2013 01:01 PM
dah ade la thread ni smlm...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.360833 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top