CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajak Pergi Gym Malas! Lelaki Buntu Teman Wanita Semakin Gemuk, Rasa Nak Tinggalkan Sebab Dah Kenan Dengan Orang Lain

2-6-2023 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2329| Komen: 46

Description: PETALING JAYA – Seorang lelaki membuat luahan hati, “Bolehkah saya tinggalkan teman wanita kerana dia semakin gemuk?
PETALING JAYA – Seorang lelaki membuat luahan hati, “Bolehkah saya tinggalkan teman wanita kerana dia semakin gemuk?

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identitinya itu, percintaannya dengan teman wanita kini sudah menjangkau tahun yang ketujuh.


“Dulu, teman wanita saya kurus tetapi sekarang semakin gemuk. Saya selalu ajak dia (teman wanita) ke gim untuk bersenam. Tetapi, dia tidak mahu,” luahnya di media sosial.

Gambar Hiasan

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut mengakui sudah tertarik dengan gadis lain.

“Pada masa yang sama, ada seorang perempuan lain yang meminati saya. Kami pergi ke gim yang sama.

“Saya berminat untuk menjalinkan hubungan dengan dia. Tetapi, rasa bersalah pula hendak tamatkan hubungan sedia ada.

“Patut ke tidak saya ‘break’ (putus) dengan dia (teman wanita) sebab inginkan seseorang yang lebih sesuai? Saya takut menyesal sampai ke tua,” kata lelaki tersebut mengakhiri pengakuannya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter ‘menyelar’ kedangkalan lelaki tersebut yang hanya memandang luaran sahaja.

“Satu hari nanti kalau kau gemuk, kena tinggal padan muka. Bincanglah elok-elok, mengapa dia gemuk dan apa yang perlu dilakukan untuk jadi kurus. Nama pun pasangan hidup, susah senang sama-sama,” pesan Aiman.

“Bayangkan nanti, selepas kahwin, berat badan naik sebab ‘pregnant’ (mengandung). Takkan nak cari perempuan lain yang kurus sedangkan dia bawa anak kau?

“Tak apalah, tinggalkan sahaja. Dia lebih layak bersama dengan orang lain,” kata seorang lagi pengguna Twitter. -CARI

Sumber: Kosmp

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 2-6-2023 03:39 PM
ohhhh dah berkenan dgn pompuan lain...semoga pompuan lain tu lepas beberapa tahun tidak lah pula menjadi gemuk
Quote supernaturalee 2-6-2023 03:43 PM
klu malas ke gym g jogging je la dek
rajin2 stretching jugex

laki kau nk carik lain tu dia pny pasal
zaman mencabar ni x yh bergantung dgn lelaki
women empowerment gituhh

Quote pittjie 2-6-2023 04:09 PM
kau nak tengok awek ko kurus mmg ko kena break dgn dia. perempuan ni kalau dah kena tinggal baru gigih kuruskan badan .. dan bergaya. nak balas dendam konon .. tengok la aku pun cantik gituuhh. kalau masih di zone selesa .. mmg dilantakkan la diet & exercise ni. badan dah serupa hippo kalau masih ada kekasih atau lelaki mmg terasa "aku gemuk pun ada orang sayang (tak macam kau .. kurus tapi tak laku2 puuun). gituh hahahhah
Quote ALDRIN 2-6-2023 04:12 PM
Jumpa yg kurus tu pun nnti esok2 gundu gemok jugak. Standard pompuan msia skrg ni mmg gemuk2 belaka pun..
Quote joy_ah 2-6-2023 04:13 PM
tinggal je. jadi gemuk itu satu pilihan. susah senang bersama konon. bila masa gemuk jatuh kategori dugaan hidup?
Quote antikorok 2-6-2023 04:19 PM
Edited by antikorok at 2-6-2023 05:19 PM

Hamboiii, so kalau pompuan gumuk ko tinggal2kan cari yg selim melim bergetah gaytohhh. Boleh jamin ke ko pung bakalan maintain slim fit tak gumuk2 mcm jejanz ibu pertiwi lain selepas dah kawen haaaa?
Quote hayrin86 2-6-2023 04:29 PM
Aku terima aje pompuan chubby + tanpa tudung..
Quote nw111 2-6-2023 04:35 PM
Tak kawin lagi..tinggal je lah...nanti kalau dh kawin pastu ko meghenyam dgn betina lain mmg layak kena hempuk...7 thn bercinta x kawin2 maknanya ko x serious le tu..
Quote ninja boy 2-6-2023 04:36 PM
Edited by ninja boy at 2-6-2023 04:40 PM

Apahal sampai 7 tahun, time lawa suka, time huduh kau buang
Org gemuk biasanya rezeki byk, rumah byk mknn suka masak, anak cukup makan, beraya dihidang makanan yg kenyang. Ada rumah org kurus diorg hidang nugget aja atau biskut aja tapi barang kemas kemain besar2 tetapi kedekut mknn  
Quote tri-max 2-6-2023 04:39 PM
ubat nak bagi kurus, tingglkan je awek 7 tahun mencintaimu itu
konpem dia akan kurus mcm fasha sandha
revenge in the making
lps tu get together la balik, acah2 melutut dgn bunga dan cincin
Quote ifanonline 2-6-2023 04:39 PM
musuh utama wanita adalah gemok

gemok mempunyai persepsi negatif, yakni malas dan lembab
Quote imanjannah 2-6-2023 05:03 PM
7 tahun? emmm
Quote ezacbee 2-6-2023 05:20 PM
7 tahun klo kawen anak dah masuk sekolah tau.
Quote Lagubestbest 2-6-2023 05:29 PM
nak yg kurus kena aim gf model la. asalnya plywood 3lapis nanti dah kawen insyaallah paling2 pun papan je.
Quote najib888 2-6-2023 06:20 PM
tinggalkaan je.. isu kat sini, pompuan gemuk tu sejenis pemalas.. betul la orang kata, gemuk ni pemalas.. kalau gemuk, dan sedar diri tu gemuk, buat la something untuk nak please kan pasangan...

#gemokisnotawesome
Quote Suchi 2-6-2023 06:23 PM
Lamanya kapel, patut masa kurus tu terus kawen ahh
Sapa2 tgh kurus cecepat la kawen jgn kapel lama2 tak cantik nnt gambo kawen.
Sayang sgt bila time kawen tu badan tgh naik plak padahal masa baru kapel 2-3 tahun tu zaman kegemilangan pinggang pun 22 inchi.
Quote None68 2-6-2023 06:26 PM
Lom kawen lagi tinggalkan aje ler..
Quote kakikuDibibirmu 2-6-2023 06:32 PM
Banyak pulak thread gemok dan gundu minggu nim
Quote sukacactus 2-6-2023 08:26 PM
Kalau dah berkenan pada yg lain tu elok la putus je
Soal hati ko nak paksa2 buat apa
Kalau hati ko kat gf skrg, xde nya ko kesah badan dia naik ke turun ke
Sayang tetap sayang

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048818 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top