CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Bengang Kena Angkut Surat Beranak Sana Sini- Mykid Tak Ada Stok, Tertangguh Sampai 6 Bulan

2-6-2023 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2353| Komen: 43

Description: PETALING JAYA – Media sosial kecoh dengan isu pemilikan MyKid yang didakwa tertangguh sehingga enam bulan.
PETALING JAYA – Media sosial kecoh dengan isu pemilikan MyKid yang didakwa tertangguh sehingga enam bulan.

Orang ramai juga mengeluh disebabkan terpaksa membawa surat beranak anak masing-masing jika ingin membuat sebarang urusan berkaitan.


Menerusi satu perkongsian di Facebook hari ini, ibu bapa terpaksa menunggu lebih dari enam bulan untuk mendapatkan MyKid kerana alasan kad tersebut tiada stok.


Foto: Harian Metro

Difahamkan keadaan tersebut sudah berlaku agak lama seperti tiada cara tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib.

“Ke hulu hilir bawa surat beranak, kalau surat beranak tu kecik tidak mengapa, ini kemain lagi besar.

“Difahamkan MyKid sekarang tiada stok, ibu bapa terpaksa menunggu lama untuk dapatkannya, bagi kami ibu bapa agak susah jika ada urusan.

“Diharapkan pihak berwajib selesaikan isu ini jangan berlarutan,” tulisnya.


Rata-rata pengguna media sosial turut sependapat dan inginkan tindakan segera dilakukan kerajaan.

“Tolong pantau juga isu ini, sampai bila kami ibu bapa nak tunggu,” jelas Nur Lisma.

“Ada yang tunggu sejak dari akhir tahun lepas lagi, katanya ada yang masih belum dapat tanpa ada sebarang notis dari Jabatan Pendaftaran Negara,” kata Adzhar Mokhtar.

Terdahulu, pada Mac lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan 30 peratus kad MyKid masih tidak dituntut oleh penjaga atau ibu bapa selepas memohonnya di Jabatan Pendahtaran Negara (JPN).

Tanpa menyebutkan jumlah keseluruhan kad yang belum diambil, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya juga tidak menafikan berlaku kelewatan perolehan kad MyKid buat masa ini.

“Di sebalik keluhan ibu bapa berhubung soal kad MyKid lambat diperoleh, masih banyak juga jumlah penjaga dan ibu bapa yang belum menuntut kad tersebut.

“Saya mewarisi sistem lama, satu proses tender terbuka telah dibuat dan dimenangi sebuah syarikat, tetapi kemudiannya masalah ketidakcukupan bahan membuat kad tersebut berlaku,” katanya.

Menurut Saifuddin, masalah ketidakcukupan bahan membuat Mykid secara tidak langsung mendorong proses memperoleh kad itu juga menjadi lambat. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TabletSusu 2-6-2023 03:31 PM
mykid tu utk budak2 je kan.. smp 12thn. seigt aku, apa2 urusan.. terutama sekolah.. mmg kena guna surat beranak lg. ke skrg mmg guna mykid je?
Quote nikola.tesla 2-6-2023 03:46 PM
lemah betul mak bapak sekarang.mak bapak dulu2 rilek bawa surat beranak saiz a4 kesana sini
Quote nikola.tesla 2-6-2023 03:47 PM
lemah betul mak bapak sekarang.mak bapak dulu2 rilek bawa surat beranak saiz a4 kesana sini
Quote antikorok 2-6-2023 03:51 PM
Sementara ittew ummah PATI pendatang senang jahhhh tipooo-tipoooan pakai MyKad org lain ha gaytohhhhh
Quote Thunderclouds 2-6-2023 04:03 PM
Bukan hari² kna bwk kulur kilir kann?
Tiap² hari berurusan hal yg perlu produce original s/b ka sampai nk mngeluh bgai?
Wat potokopi ngn snap pic suda la kalo takat nk pusing² mall / masuk kedai eko.
Quote Samerosie 2-6-2023 04:06 PM
Kenapa? Nanti pergi check in hotel kau takit kena raid ke dgn jabatan agama kalau yak de mykid?
Quote renko 2-6-2023 04:12 PM
dia apa punca kekurangan bahan apa nya
Quote Samerosie 2-6-2023 04:14 PM
renko replied at 2-6-2023 04:12 PM
dia apa punca kekurangan bahan apa nya

Chip kut. Ej jab mykid guna chip ke?  
Quote renko 2-6-2023 04:41 PM
Samerosie replied at 2-6-2023 04:14 PM
Chip kut. Ej jab mykid guna chip ke?

tp mykad pun ada masalah ni ke
tengok org bising sal mykid je
Quote apech 2-6-2023 04:48 PM
Thunderclouds replied at 2-6-2023 04:03 PM
Bukan hari² kna bwk kulur kilir kann?
Tiap² hari berurusan hal yg perlu produce original s/b ka sa ...

Ibu bapa dia keluar masuk sempadan hari2 bawak anak ke yg nak kena angkut kulu kilir?
Quote n3ar 2-6-2023 09:44 PM
Susah takde mykid...

Sebab kau g klinik swasta dia minta pengenalan diri anak... Takkan kau nk angkut surat beranak kertas tu ke sana sini.. Tambah kalau anak asyik sakit..

Lepas tu nk buka akaun tabung haji pun dorang minta mykid.. Surat beranak tak jalan...


Isu dia bukan ibu bapa tapi kerajaan... Mykid nk buat sampai 6 bulan.. Apa kejadah... Syarikat kroni bodo mana dapat tender tapi takleh deliver tu..
Quote allshares 2-6-2023 10:45 PM
Ape sgt la urusan yg nk berangkut surat beranak kehulu kr hilir tu? Ko msk mall kena tunjuk surat beranak ke? G hospital pun pakai no surat beranak jah. Bkn masalah besar pun. Anak iols baby pkp umo sethn lebih baru dpt mykid. Rasanya tak pernah pun perlu angkut surat beranak original kehulu kehilir. Iols spare salinan jah tapi tu pun mcm tak pernah diminta pun di klinik/hospital/dentist. Semua minta isi no surat beranak jah.
Quote asfaz 2-6-2023 10:50 PM
TabletSusu replied at 2-6-2023 03:31 PM
mykid tu utk budak2 je kan.. smp 12thn. seigt aku, apa2 urusan.. terutama sekolah.. mmg kena guna su ...

Sekolah guna surat beranak sebab nak cop kan.

Btw gedikkk la mak pak sekarang. Bukan selalu pun kena angkut surat beranak. Mak bapak kau pun angkut surat beranak kau jugak dlu .
Quote Kurex 3-6-2023 05:58 AM
Mykid ni utk urusan apa?
Quote annehuda 3-6-2023 07:12 AM
Apa isunye angkut surat beranak tu? Aku tak tau la org zaman skrang camne tp org dulu-dulu diorg sanggup tau beli folder simpanla segala mala sijil dlm tu . Aku smpi skrang sijil mati atuk aku pun aku simpan, sijil lahir makpak sijil mati diorg sijil nikah diorang pun masih ada sbb mmg makpak aku simpan mcm tu.
Quote batmana 3-6-2023 08:04 AM
kan lepas era covid, mslh chip ni bukan aja pda mykid, tapi kete tesla bagai,

ada tersangkut sekejap aritu

dlm mykid ada chip, ada mklumat data jpn, kesihatan , pndidikan bagai..
Quote Samerosie 3-6-2023 08:40 AM
n3ar replied at 2-6-2023 09:44 PM
Susah takde mykid...

Sebab kau g klinik swasta dia minta pengenalan diri anak... Takkan kau nk angk ...

La bukannya kena angkat besar peti ais kehulu ke hilir sijil tu pun kertas ja kenapa merintih mcm kena galang satu dunia atas bahu pula.  6 bulan ja.  Lagipun takanlah klinik spital akan tolak kalau tak de mykid, mulut berat sangat nak ckp mykid tak siap lagi ke camne?
Quote n3ar 3-6-2023 08:43 AM
Samerosie replied at 3-6-2023 08:40 AM
La bukannya kena angkat besar peti ais kehulu ke hilir sijil tu pun kertas ja kenapa merintih mcm  ...

Dey.. Sijil tu kertas, senang koyak... Klinik tak terima kalau takde mykid.. Klo takde kena memang kena bawa sijil lahir..

Kau ni mesti stok acik gundu andartu..

Dah kenapa isu yg lg kritikal mykid takde stok tu tak pertikai tapi duk bahan mak ayah yg mengadu pulak.. No akai?
Quote Samerosie 3-6-2023 08:48 AM
n3ar replied at 3-6-2023 08:43 AM
Dey.. Sijil tu kertas, senang koyak... Klinik tak terima kalau takde mykid.. Klo takde kena memang ...

Tak reti beli plastic cover ke? Kalau passport pandai lak korang beli berbagai rupa.  kat jpn tu segala jenis cover dia jual.  

Like i said mulut tu berat sangat ke nak ckp mykid tak siap kat klinik spital  bukan nya anak hang anak rohingya.  Tu sebab iols kecam parents mcm ni.. bebal tak bertempat.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.121979 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top