CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Axia Anak Dilarikan Sebab Ibu Tak Mampu Bayar Hutang RM100,000

2-6-2023 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 829| Komen: 4

Description: Kejadian tular pemandu ditarik keluar sebelum Perodua Axia dipandunya dilarikan tiga lelaki di sebuah persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 7.45 pagi adalah disebabkan ibu mangsa gagal melunaskan ...
Kejadian tular pemandu ditarik keluar sebelum Perodua Axia dipandunya dilarikan tiga lelaki di sebuah persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 7.45 pagi  adalah disebabkan ibu mangsa gagal melunaskan wang pinjaman.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie mengesahkan susulan kejadian kejadian di Jalan Bagan Lalang, Butterworth itu, pihaknya berjaya menahan ketiga-tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 27 sehingga 49 tahun semalam.



Katanya, suspek ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kuala Kangsar, Perak dan Seberang Jaya serta dekat sini.

“Hasil siasatan awal mendapati ibu mangsa yang berusia 57 tahun membuat pinjaman wang berjumlah RM100,000 daripada seorang lelaki pada tahun 2020.

“Melalui perjanjian bertulis, ibu mangsa bersetuju untuk menyerahkan kereta berkenaan sekiranya gagal membayar pinjaman terbabit.

“Memandangkan ibu mangsa gagal membayar pinjaman itu, lelaki (pemiutang) terbabit mengupah tiga lelaki untuk merampas kereta mangsa,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Jelasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan sekiranya sabit kesalahan.

“Kita juga masih dalam usaha mengesan suspek yang masih bebas dalam kes ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak terus menularkan video kejadian berkenaan dan orang awam juga boleh merujuk kepada pihak yang berkenaan untuk pengesahan maklumat supaya maklumat yang betul boleh diperolehi.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis dengan menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD SPU ditalian 04-5759122,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 2-6-2023 02:59 PM
si mak dah umur 57 tahun nak buat apa pinjam 100k?
Quote Carcosa 2-6-2023 04:20 PM
Edited by Carcosa at 2-6-2023 04:21 PM

Meols tgk brp saat je video tu, dah tau dah, kalau sbb tak psl kena tarik, mesti ada hutang. Ada plk Acik2 Fesbuk bongok ckp, mamat2 tu nak curi kereta tu   
Ya Aulohhhhhh, kalau diorang nak rampok, kenapaaaa bersusah payah carjack depan2 manusia lain untuk Axia jah?? Kemon laaa. Bongok sgt Acik2 Fesbuk tentang common sense. Haiyooooo
Baik diorang carjack Porsche ke, Bentley ke, paling kuang, Audi
Btw, hutang 100k, dpt Axia second??
Axia brand new - 40k boleh dpt
Quote apech 2-6-2023 04:45 PM
entah2 maknya pinjam pun utk anaknya jugak
Quote apech 2-6-2023 04:45 PM
Btw, tak boleh merge ke dgn tred sebelum ni? Momod tak pantau ke CI skrg ni? Banyak betul sampah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.045644 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top