CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bertudung Jual Darah Ular Campur Madu

2-6-2023 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 242| Komen: 0

Description: Tular video aksi seorang wanita bertudung menjual darah ular di kawasan gerai makan di Jakarta, lapor laman berita Merdeka kelmarin.Wanita itu dilihat memegang bangkai ular sambil memicit badan reptil ...

Tular video aksi seorang wanita bertudung menjual darah ular di kawasan gerai makan di Jakarta, lapor laman berita Merdeka kelmarin.

Wanita itu dilihat memegang bangkai ular sambil memicit badan reptilia tersebut untuk mengeluarkan darahnya.




Dia juga melapah haiwan itu untuk mengambil organ dalamannya yang didakwa berkhasiat kepada manusia.

Turut dipaparkan kedua-dua tangan wanita itu mempunyai kesan parut akibat dipatuk ular berbisa.

“Risiko dalam mencari nafkah selalu ada. Mak cik ini menjual darah ular untuk kita sihat, semoga dia juga sihat selalu,” demikian keterangan video berkenaan.



Tidak dinyatakan lokasi tepat gerai tersebut namun, individu yang memuat naik video itu memberitahu,  darah ular yang dicampur madu dijual pada harga 250,000 rupiah (RM77).


“250,000 rupiah (harga darah ular) yang dicampur dengan hempedu dan digaul bersama madu. Amat murah,” kata keterangan video itu lagi.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Lebih baik cari nafkah dengan menjual barangan lain,” kata seorang pengguna media sosial.

“Semoga mak cik ini akan mendapat pekerjaan yang halal dan selamat,” komen netizen lain.


SUmber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041418 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top