CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Didakwa Menodai Wanita Berusia 70 Tahun Berdepan Penjara 20 Tahun

2-6-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 310| Komen: 3

Description: Mahkamah Sesyen Kajang hari ini mendakwa seorang pemuda kerana disyaki memperkosa seorang wanita warga emas di sebuah kawasan perumahan, di sini.Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid ...
Mahkamah Sesyen Kajang hari ini mendakwa seorang pemuda kerana disyaki memperkosa seorang wanita warga emas di sebuah kawasan perumahan, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan pada 25 Mei lalu susulan laporan dibuat mangsa.



Gambar hiasan

Menurutnya, wanita berusia 70 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 6.41 petang, 15 April lalu mendakwa dirogol seorang lelaki.

"Bertindak atas laporan, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang sebelum berjaya menahan suspek.

"Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Katanya, kertas siasatan yang lengkap kemudian dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan menerima arahan tuduh pada hari ini.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kajang untuk pendakwaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 2-6-2023 03:00 PM
selera luar biasa lelaki durjana
Quote kepompong 2-6-2023 03:01 PM
dah kerepot pun masih tak selamat
Quote gigahertz 2-6-2023 03:38 PM
kepompong: dah kerepot pun masih tak selamat

kalau tak mabuk arak . mesti gian dadah.
kalau orang normal xde macam tu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045883 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top