CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Roslan Shah Jadi Buruan Syarikat Korporat Sebagai Pengacara, Ikhlas Dan Tak ‘Demand’ Rahsia Murah Rezeki

27-5-2023 02:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 948| Komen: 18

Description: Mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang pengacaraan, Roslan Shah atau lebih mesra dengan panggilan Cik Lan memberitahu dia sentiasa ikhlas dalam melakukan tugasnya.Sikap bersahaja dan ceria sehingg ...
Mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang pengacaraan, Roslan Shah atau lebih mesra dengan panggilan Cik Lan memberitahu dia sentiasa ikhlas dalam melakukan tugasnya.

Sikap bersahaja dan ceria sehingga mampu memeriahkan suasana membuatkan Roslan Shah sering menjadi rebutan program hiburan dan korporat sebagai pengacara majlis.



Roslan, 51, berkata, meskipun sudah lama tidak muncul di televisyen namun dia sentiasa berpegang kepada rezeki yang sudah tertulis buatnya.

"Ya, saya ada dapat beberapa tawaran menjadi pengacara majlis korporat sebab mereka kata saya ini seorang yang ceria dan mampu membuatkan sesebuah majlis menjadi meriah.

"Saya percaya pada rezeki, saya pun dah banyak jadi pengacara majlis korporat di Malaysia, Brunei dan Batam, Indonesia," katanya kepada mStar.


Sentiasa fokus dengan kelebihan diri membuatkan gaya pengacaranya menjadi salah satu faktor dia sentiasa berjaya menambat hati tetamu.

"Dalam bidang seni ini yang penting ke ikhlas, jangan terlalu demand sebab kalau demand nanti orang meluat tak suka.

"Fokus pada kerja kita... Saya tiga dalam satu macam jadi pengacara, penyanyi dan pelawak. Saya ada pakej sebab itu selalu dapat tawaran walaupun jarang muncul di televisyen.

"Sebagai penghibur yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun ini saya. Saya juga seorang yang profesional... dalam melawak pun saya spontan saja," ujarnya.

Kata Roslan, dia bukannya tidak mahu muncul di televisyen namun pihak produksi sukar menghubunginya kerana kerap berulang alik dari Singapura dan Malaysia.

Namun dua drama lakonannya bakal menemui penonton sekali gus akan mengubati hati peminat yang rindu dengan telatahnya.

"Saya jarang muncul di televisyen kerana mereka susah nak hubungi saya, nombor telefon saya lain. Tapi sekarang ramai cari saya melalui Instagram pula dan menawarkan saya untuk jadi pengacara.

"Ada peminat suruh saya masuk Gegar Vaganza tapi belum ada rezeki lagi. Tapi saya ada dua drama lakonan saya yang belum keluar lagi.

"Dua-dua drama dah habis penggambaran dan wataknya komedi," kongsinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikgojesss 27-5-2023 02:37 PM
lah fondan verangan
Quote MatDeghem 27-5-2023 02:56 PM
betul ke? company ape yang panggil dia?
Quote hokeypokey 27-5-2023 02:59 PM
ohooo camtu ke.. ni tgh promote diri ke bang??
Quote selipar_hijau 27-5-2023 03:07 PM
Posing tak menahannn
Quote jargon 27-5-2023 03:47 PM
Tp masa aku kecik aku salu baca mangga or urtv mak or makcik aku punya,setiap tahunlh mak datin celebrate bifday dia okeh..wlupun aku kenal heols sbg retis pelakon or penyanyi..tp mse ni aku dah perasan apesal dia ni mcm pmpuan..time tu xtau lg apa itu lgbt gelempok gayah sempudal blabla
Quote shida81 27-5-2023 04:13 PM
Sbb murah le org amik.. Da smua pengacara mahal... Blh la dr x de
Quote dudaberhias 27-5-2023 04:17 PM
pondan kertu terfeeling paling laku serhoper diba aa... hujung2 duk kat ulu banat semenyih...

Quote sleepandream 27-5-2023 04:22 PM
pondan mmg kuat verangan
Quote cikgojesss 27-5-2023 04:59 PM


Quote hyie 27-5-2023 06:24 PM
heshe banyak jadi mc untuk ekspo bazaar kat singapore tu kan. Ada ifa puk puk bagai.
Quote Perawankota 27-5-2023 07:07 PM
Dulu kenal dia sebab org kata suara dia mcm arwah sudirman… skang nmpk dia mmg selalu jadik emcee untuk event2 kan
Quote sayawifenikmie 27-5-2023 07:20 PM
Alhamdulillah rezeki dia ....
Quote Piramida 27-5-2023 07:22 PM
Company jenis mcm mana tu yg hadap sgt emcee mcm ni?
Tp oklaaa rezeki dia dr buat kerja2 mengarut.
Quote DeLuna85 27-5-2023 11:54 PM
Ok tapi dia sangat baik orangnya. Senang kerja dengan dia.
Quote bitterchoc 28-5-2023 12:04 AM

Berapa rate cik lan jadi mc ni? Agaknya laku jugak la sebab takde dengar dia buat bisnes lain.
Quote sharlenetexas 28-5-2023 03:16 AM
Nampak menghiburkan majlis raya tu.


Quote sharlenetexas 28-5-2023 03:16 AM
bitterchoc replied at 28-5-2023 12:04 AM
Berapa rate cik lan jadi mc ni? Agaknya laku jugak la sebab takde dengar dia buat bisnes lain.

Rasanya ciklan ada jual rojak kat foodcourt.


Quote Burong_Hantuk 28-5-2023 02:52 PM
heshe mengacara sgt2 kampung.com

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.053763 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top