CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Annuar Tak Lagi Berhijab, Minta Jangan Salahkan Ibu

27-5-2023 08:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5737| Komen: 60

Description: Memuat naik foto tanpa hijab sempena ulan tahun kelahirannya yang ke-39 pada Khamis lalu, Nadia Anuar mengakui kesilapannya dan memohon agar diberikan ruang serta masa buat dirinya.Pemilik nama sebena ...
Memuat naik foto tanpa hijab sempena ulan tahun kelahirannya yang ke-39 pada Khamis lalu, Nadia Anuar mengakui kesilapannya dan memohon agar diberikan ruang serta masa buat dirinya.

Pemilik nama sebenar, Nadia Shahrul Anuar yang juga kakak kepada pelakon Harris Annuar menerusi IG Story memohon maaf andai tindakannya itu bakal menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat dan netizen.



"Tak mengapalah kecamlah sepuas hati. Saya reda sebab semua ini kekhilafan saya sendiri. Saya pun tak mahu bagi alasan sebab kita semua pun tahu apa yang wajib.

"Cuma saya minta diberikan sedikit ruang dan masa. Maafkan saya sekiranya kekhilafan saya ini membuatkan anda kurang senang dan benci kepada saya," katanya.

Dalam pada itu, Nadia memberitahu terlalu banyak perkara yang dilalui olehnya sebelum ini dan dia meminta agar ahli keluarganya tidak dipersalahkan kerana apa dilakukan ini adalah atas keputusannya sendiri.


"Terlalu banyak yang saya lalui dan tak dapat saya kongsikan. Sekali lagi saya minta maaf kerana kecewakan anda.

"Satu lagi saya minta sangat jangan kaitkan dengan ibu atau ahli keluarga yang lain. Bukan salah mereka. Ini semua adalah keputusan saya sendiri," ujarnya.


Pun begitu, Nadia menjelaskan ibunya iaitu usahawan Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton telah membesarkannya dengan baik serta memberikan nasihat.

"Ibu saya seorang insan dan ibu yang hebat. Dia sudah membesarkan saya dengan baik dan menasihatkan saya.

"Malah adik saya juga sudah memberi nasihat. Anda boleh letakkan kesalahan ini pada saya dan jangan kecam mereka. Saya insan yang tidak sempurna," katanya.

Sebelum itu, Nadia membuat ucapan ulang tahun kelahiran menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya dengan foto yang tidak mengenakan hijab.

Dia turut mengakui kelemahan diri dan berharap agar diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.

"Alhamdulillah bertambah lagi setahun usia saya. Apa yang kita anggap sebagai kekuatan terbesar kita juga boleh menjadi kelemahan terbesar kita.

"Saya telah melalui banyak fasa dalam kehidupan ini. Walaupun segala keburukan itu saya anggap sebagai kekurangan diri, saya harap agar Allah terus mengurniakan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan ini dengan cara yang Dia kehendaki," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 27-5-2023 08:39 AM
sebab tu la nurakazen tak payah nak bising2 merempan sibuk hal tudung orang…  let them be…  tegur elok2 sekali then dah la (sebab ramai sangat dok guna ayat - berdakwah)…
Quote Piramida 27-5-2023 08:42 AM
Sbb tu artis2 celebrities ni jgn gebang sgt bila start berhijab.. Gebang dpt hidayah lah berubah lah.. Dpt petanda lah apa lah itulah inilah.. siap suruh org ikut berubah ikut mcm dialah... Hujung2 lupa apa yg di gebang hahahaa.

If nak bertudung relax2 je... tak perlu canang satu dunia diri dah berubah. Esok lusa org kecam.
Quote zuriey 27-5-2023 08:48 AM
Aku rasa elok artis celeb ni bertutup bila dah pencen nnti..sedangkan acik gomen pun iman turun naik apa lagi dunia artis yg penuh glam ni
Quote hokeypokey 27-5-2023 09:21 AM
takpe ko cantik org kecam kejap jer, pastu idup aman2 cam uqasha, emma
Quote hokeypokey 27-5-2023 09:21 AM
Edited by hokeypokey at 27-5-2023 09:23 AM

takpe ko cantik org kecam kejap jer, pastu idup aman2 cam uqasha, emma

ehh terdouble komen plak
Quote card_reader 27-5-2023 09:26 AM
Cantik benau dia nie....
Quote haruslah 27-5-2023 09:30 AM
Ulas saje "no komen"
Masa pakai/buka tudung
Quote jambatannetizen 27-5-2023 09:32 AM
Piramida replied at 27-5-2023 08:42 AM
Sbb tu artis2 celebrities ni jgn gebang sgt bila start berhijab.. Gebang dpt hidayah lah berubah lah ...

Bukan artis saje! Orang kerja lain pun lebih kurang.
Quote jambatannetizen 27-5-2023 09:33 AM
zuriey replied at 27-5-2023 08:48 AM
Aku rasa elok artis celeb ni bertutup bila dah pencen nnti..sedangkan acik gomen pun iman turun naik ...

Bukan artis saje! Orang kerja lain pun lebih kurang.
Quote hayrin86 27-5-2023 09:38 AM
Harapnya bukan paksaan sesiapa pun..
Quote Aneem 27-5-2023 10:01 AM
Buka la.
Aku pun dh lama tak nampak telinga capang kau tu kak.
Quote abadi84 27-5-2023 10:01 AM
Sbnrnya benda ni netizen pun ada buat. Netizen pun byk on off bertudung. Cthnya klu dlm rumah sendiri mana nk pkai tudung sambut tetamu. My friends pun ada yg brtudung tp bila vacation hilang, terbang tudung. Pastu upload lg kat socmed. Tp siapa yg nk kecam bkn retiskan.
Quote marchikobonzo 27-5-2023 11:45 AM
Cantik kau nok
Quote awenda507 27-5-2023 11:59 AM
Sendiri mau igt la tgjwb sbg muslim. Org da penat mencerca nti diam la tu
Quote habisnamadahni 27-5-2023 11:59 AM
Piramida: Sbb tu artis2 celebrities ni j ...
setuju 100% dh pakai tudung tak payah komen kunun² dpt hidayah nangis² nmpk neraka bagai..
Quote habisnamadahni 27-5-2023 12:00 PM
Aneem replied at 27-5-2023 10:01 AM
Buka la.
Aku pun dh lama tak nampak telinga capang kau tu kak.

hahaha...paling win
Quote weezerfan 27-5-2023 12:01 PM
hokeypokey replied at 27-5-2023 09:21 AM
takpe ko cantik org kecam kejap jer, pastu idup aman2 cam uqasha, emma

Emma siap bjoli katak lagi ngan bini si scammer ady kana.dlm pantang pun pi enjoyyyy
Quote rayray28 27-5-2023 12:02 PM
Baguslaa lgpn ssh nt nk match dgn pakaian workout cycling apa bagai x patuh syariah bertudung...better laa free hair je..tingat dia dlu couple dgn sammy
Quote Belibis 27-5-2023 12:59 PM
Kenapa perlu minta maaf?? Bukan ko buat salah sesama makhluk pun..

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.156608 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top