Pun begitu, Nadia menjelaskan ibunya iaitu usahawan Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton telah membesarkannya dengan baik serta memberikan nasihat.
"Ibu saya seorang insan dan ibu yang hebat. Dia sudah membesarkan saya dengan baik dan menasihatkan saya.
"Malah adik saya juga sudah memberi nasihat. Anda boleh letakkan kesalahan ini pada saya dan jangan kecam mereka. Saya insan yang tidak sempurna," katanya.
Sebelum itu, Nadia membuat ucapan ulang tahun kelahiran menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya dengan foto yang tidak mengenakan hijab.
Dia turut mengakui kelemahan diri dan berharap agar diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.
"Alhamdulillah bertambah lagi setahun usia saya. Apa yang kita anggap sebagai kekuatan terbesar kita juga boleh menjadi kelemahan terbesar kita.
"Saya telah melalui banyak fasa dalam kehidupan ini. Walaupun segala keburukan itu saya anggap sebagai kekurangan diri, saya harap agar Allah terus mengurniakan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan ini dengan cara yang Dia kehendaki," ujarnya.
Sumber: mStar