Sentiasa fokus dengan kelebihan diri membuatkan gaya pengacaranya menjadi salah satu faktor dia sentiasa berjaya menambat hati tetamu.
"Dalam bidang seni ini yang penting ke ikhlas, jangan terlalu demand sebab kalau demand nanti orang meluat tak suka.
"Fokus pada kerja kita... Saya tiga dalam satu macam jadi pengacara, penyanyi dan pelawak. Saya ada pakej sebab itu selalu dapat tawaran walaupun jarang muncul di televisyen.
"Sebagai penghibur yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun ini saya. Saya juga seorang yang profesional... dalam melawak pun saya spontan saja," ujarnya.
Kata Roslan, dia bukannya tidak mahu muncul di televisyen namun pihak produksi sukar menghubunginya kerana kerap berulang alik dari Singapura dan Malaysia.
Namun dua drama lakonannya bakal menemui penonton sekali gus akan mengubati hati peminat yang rindu dengan telatahnya.
"Saya jarang muncul di televisyen kerana mereka susah nak hubungi saya, nombor telefon saya lain. Tapi sekarang ramai cari saya melalui Instagram pula dan menawarkan saya untuk jadi pengacara.
"Ada peminat suruh saya masuk Gegar Vaganza tapi belum ada rezeki lagi. Tapi saya ada dua drama lakonan saya yang belum keluar lagi.
"Dua-dua drama dah habis penggambaran dan wataknya komedi," kongsinya.
Sumber: mStar