CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindir Menteri Makan Stik Mahal, Penjual Mi Dipenjara 5 Tahun

26-5-2023 09:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 785| Komen: 8

Description: Gara-gara menyindir menteri kanan Vietnam memakan stik berharga AS$2,000 (RM9,230), penjual mi dihukum penjara lima setengah tahun.Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam melaporkan, Bui Tuan Lam m ...
Gara-gara menyindir menteri kanan Vietnam memakan stik berharga AS$2,000 (RM9,230), penjual mi dihukum penjara lima setengah tahun.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam melaporkan, Bui Tuan Lam menjadi popular apabila menyiarkan video pada tahun 2021 memaparkan dia meniru gerakan tangan yang sinonim dengan restoran mewah Salt Bae.



Bui Tuan Lam yang merupakan penjaja mi dijel lima setengah tahun kerana didapati bersalah menyindir seorang menteri berpengaruh di Vietnam. - Foto VivaVideo

Dia berbuat demikian selepas Menteri Keselamatan Awam, To Lam makan sepotong stik berharga RM9,230 di restoran Salt Bae, London.

Polis turut menyoal siasat Lam dan menutup gerai mi miliknya di bandar Danang. Dia ditahan pada September tahun lalu.

Perbicaraan dan hukuman ke atas lelaki berusia 39 tahun itu di sebuah mahkamah Danang hanya mengambil masa sehari. Dia juga perlu menjalani tempoh dalam pengawasan selama empat tahun selepas dibebaskan, kata peguamnya yang mengesahkan perkara tersebut kepada BBC.


Penjual mi itu dituduh menyiarkan 19 video di Facebook dan 25 lagi di YouTube yang menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara itu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 26-5-2023 10:20 PM
Mati la nakkkk kalo malaysia mcm ni, penuh jail
Quote mojarean_X 26-5-2023 10:25 PM
Terus iols insofff....x nk lah kutuk gomen lg
Quote PULANGKAN 27-5-2023 12:27 AM
Orix replied at 26-5-2023 10:20 PM
Mati la nakkkk kalo malaysia mcm ni, penuh jail

tiba2 porem cari kosong

semua kat dalam jail, berporem kat sana pulak
Quote Sazreena 27-5-2023 07:06 AM
PULANGKAN: tiba2 porem cari kosongsemua kat dalam jail, berporem kat sana pulak


Ak ah..direct porem gituew..walaupun di balik tirai besi janji tethap sampai informasi.

Quote ninja9 27-5-2023 07:11 AM
PULANGKAN replied at 27-5-2023 12:27 AM
tiba2 porem cari kosong

semua kat dalam jail, berporem kat sana pulak




Quote hokeypokey 27-5-2023 10:42 AM
lama gak sampai 5 tahun kena
Quote Tinot7 27-5-2023 10:46 AM
Bietnam takde porem cari tersendiri ka? Loyat ka? U know, berporem di sebalik MN?
Quote Decaffeinated 27-5-2023 02:31 PM
PULANGKAN replied at 27-5-2023 12:27 AM
tiba2 porem cari kosong

semua kat dalam jail, berporem kat sana pulak

If that's the case, makin meriah lah porem. Acik2 makin takde kerja.
Semua laporan live.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.046281 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top