CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ribuan Hadir, Wanita Hamil Dibunuh Dan Dibakar Selamat Dikebumikan

26-5-2023 09:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3630| Komen: 26

Description: Majlis pengebumian wanita hamil empat bulan yang dibunuh dan dibakar Isnin lalu selesai pada 8.25 malam tadi.Difahamkan, majlis pengebumian itu dihadiri ribuan orang terdiri daripada ahli keluarga, sa ...
Majlis pengebumian wanita hamil empat bulan yang dibunuh dan dibakar Isnin lalu selesai pada 8.25 malam tadi.

Difahamkan, majlis pengebumian itu dihadiri ribuan orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat, jiran dan penduduk kampung.



JENAZAH mangsa selamat dikebumikan. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin

Terdahulu, mayat wanita berusia 21 tahun itu selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh hari ini. Jenazah kemudian dibawa dengan kenderaan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dan tiba di sini pada 7.23 malam.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau, di sini, Isnin lalu.

Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian adalah kerana tikaman di dada pada badan yang melecur.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lentera 26-5-2023 09:40 PM
Ribuan? Ramainyaaaa.. Geng2 rempit ke yg meramaikan
Apa pun semoga arwah tenang di sana.. Jgn bangkit jd hantu sudahhh
Quote shernazz 26-5-2023 10:56 PM
Lentera replied at 26-5-2023 09:40 PM
Ribuan? Ramainyaaaa.. Geng2 rempit ke yg meramaikan
Apa pun semoga arwah tenang di sana.. Jgn ban ...

Maybe sebab dah viral kan
Sapa sapa yang dekat atau kenal gitu2 pung datang juga lah..
Quote pittjie 26-5-2023 11:22 PM
"Terdahulu, mayat wanita berusia 21 tahun itu selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh hari ini"

Ayat ni mcm mayat tu sendiri yg buat post mortem.
Quote nikola.tesla 26-5-2023 11:51 PM
Siapalah kita nak menghukum insan lain disebabkan kesilapan nya
Quote missyL 26-5-2023 11:51 PM
Harap2 ramai2 dtg tu bkn sekadar nk buat content
Tgok ramai buat content pasal arwah
Yg amek gmbr kedai mkn sipi2 post ayat sedih2
Haih la
Dunia socmed

Semoga arwah tenang lah disana
Quote azurro 27-5-2023 05:57 AM
Katanya anak yatim piatu..
Quote yondu 27-5-2023 08:32 AM
sepupu arwah ni 1 tmpt kerja dgn i. mmg anak yatim piatu tp entah la..i bc komen2 fb tt haihhh la masing2 pun, mcm xde dosa pahala dibuatnya
Quote 3chanceno 27-5-2023 08:42 AM
Kesiannya....masih bernyawa setelah dibakar hidup2  punca kematian kerna tikaman di dada  kering betul hati pelaku ini

Semuga mendapat pembelaan kematian yg tragis ini.
Quote TOPwind 27-5-2023 08:49 AM
pembunuh wpun melayu ada darah kacukan  dan campuran 70% dari India Ke?
Quote hokeypokey 27-5-2023 09:16 AM
semoga arwah dapat pembelaan sewajarnya..
Quote hayrin86 27-5-2023 09:32 AM
TOPwind replied at 27-5-2023 08:49 AM
pembunuh wpun melayu ada darah kacukan  dan campuran 70% dari India Ke?

Ketepikan soal kaum.. Jangan libatkan sebarang isu kaum dalam apa juga perihal.

Quote Tinot7 27-5-2023 09:34 AM
Takziah kpd keluarga
Quote aina_shaira 27-5-2023 09:34 AM
TOPwind replied at 27-5-2023 08:49 AM
pembunuh wpun melayu ada darah kacukan  dan campuran 70% dari India Ke?

Pelaku India ke? Nape takde gambar dan Nama ye
Quote Shayang 27-5-2023 09:44 AM
yondu replied at 27-5-2023 08:32 AM
sepupu arwah ni 1 tmpt kerja dgn i. mmg anak yatim piatu tp entah la..i bc komen2 fb tt haihhh la ma ...

Sapa yg takde dosa pahala tu? Arwah ke?

Rasanya normal je kalau org dah meninggal org akan ckp yg elok2 dan doakan masuk syurga ke apa.
Lagipun dia dh meninggal kalau nk ngumpat dia kita bkn leh minta maaf ngn dia lagi pun raya tahun depan.

Kalau nak menilai dia sbb dia terlanjur tu bagi aku tu hal peribadi dan dosa antara dia ngan Allah.Itu tak menjadikan dia org jahat pun, bkn dia ada bunuh or kacau hidup org lain.Rata2 yg kenal dia semua kata dia seorang yg baik je takde wat pangai yg bkn2.
Entah2 sejak terlanjur tu dia dah memohon keampunan ke apa kita taktau pun. Taubatnya seorang pendosa lebih mulia daripada kita yang merasa suci ni.

Quote matamata 27-5-2023 11:40 AM
Satu cerita ja...dekat 10 thread kau dgn kawan kau bukak ye wartawan quota?...
Quote habisnamadahni 27-5-2023 12:06 PM
missyL: Harap2 ramai2 dtg tu bkn sekad ...
kan..mcm kenal rapat je..
Quote kelapaparut 27-5-2023 12:11 PM
missyL replied at 26-5-2023 11:51 PM
Harap2 ramai2 dtg tu bkn sekadar nk buat content
Tgok ramai buat content pasal arwah
Yg amek gmbr ke ...

tu lah iols syak yg dtg beribu tu mcm nak buat content je. even kentut kat microphone kpl laut tldm leh jd content inikan pulak pembunuhan kejam ibu mngandung kne bakar lg yg super viral dan meraih simpati ummah.
Quote missyL 27-5-2023 10:32 PM
kelapaparut replied at 27-5-2023 12:11 PM
tu lah iols syak yg dtg beribu tu mcm nak buat content je. even kentut kat microphone kpl laut tld ...

Byk dah kt tiktok up vid kebumi die tu
Ntah la

Kesian jgk klo di jadikn content

Xperlu nk jadikn content klo btl Kesian sedekah je yassin ke. Al fatihah tok die
Bace je kt rmh.
Quote SalenaGomez 27-5-2023 10:55 PM
Shayang replied at 27-5-2023 09:44 AM
Sapa yg takde dosa pahala tu? Arwah ke?

Rasanya normal je kalau org dah meninggal org akan ckp yg ...

Suka baca reply u…Allah x lihat pertengahan..yg Allah lihat pengakhiran…makna kata xde yg terlambat utk taubat. Yg penting sedar dan taubat cepat2

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054863 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top