CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiran Kerasukan Didenda RM3,531 Rosakkan Pokok

26-5-2023 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 245| Komen: 0

Description: Wanita di Britain diperintah membayar denda lebih RM3,000 selepas didapati bersalah merosakkan pokok-pokok jiran yang menjulur keluar ke halaman rumahnya, lapor akhbar semalam.Daily Star melaporkan, p ...

Wanita di Britain diperintah membayar denda lebih RM3,000 selepas didapati bersalah merosakkan pokok-pokok jiran yang menjulur keluar ke halaman rumahnya, lapor akhbar semalam.

Daily Star melaporkan, perbuatan khianat oleh defendan, Julie Bontoft, 55, dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).



Hull Live

Dalam satu klip video berasingan, Bontoft dilihat mendongak ke arah lensa CCTV dan membuat ekspresi pelik ketika merosakkan pokok-pokok jirannya.

Beberapa jiran lain berkata, dia kelihatan seperti ‘dirasuk’ ketika itu. 

Menurut penduduk setempat, perbuatan Bontoft merosakkan pokok-pokok jirannya menjadi punca mangsa berpindah ke kawasan lain. 

Bontoft telah merosakkan enam batang pokok bernilai £210 (RM1,195) antara 19 Februari hingga 6 mac 2021, demikian menurut perbicaraan mahkamah pada Jumaat lalu.


Dia diperintahkan membayar denda £620 (RM3,531) selepas didapati bersalah. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.156645 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top