CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Wanita Hamil Dibunuh, Dibakar, Punca Kematian Tikaman Di Dada

26-5-2023 08:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1090| Komen: 5

Description: Sungai Besar: Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan punca kematian wanita hamil yang mayatnya ditemui terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan ...
Sungai Besar: Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan punca kematian wanita hamil yang mayatnya ditemui terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau di sini, Isnin lalu adalah akibat luka tikaman di dada.


Katanya keputusan itu diperoleh selepas bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh hari ini.


"Sebab kematian mangsa adalah kerana luka tikaman di dada selain badan yang melecur," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Agus Salim berkata, mayat wanita berusia 21 tahun itu sudah dituntut keluarga dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan malam ini.

Menurutnya, reman terhadap suspek lelaki berusia 20 tahun pula akan berakhir 29 Mei ini, untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan motif pembunuhan wanita malang itu dipercayai kerana mahu merahsiakan kehamilan empat bulan akibat terlanjur. Pasangan itu dipercayai menjalin hubungan selama setahun.



Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 26-5-2023 08:30 PM
Adoi baca kisah ni ngilu perut..baca kena toreh , seluk dan korek tu....

Budak jantan elok dihempas batu besar atas kepala dia biar pecah hancur...sakit hati...kejam gila..keturunan syaitan ke apa ni yg mengalir dlm tubuh dan mental dia boleh membunuh...mak x pernah bg anak ilmu kemanusiaan agaknya..
Quote imanjannah 26-5-2023 08:34 PM
pisau yg digunakan utk me ikan tu mmg dia bawa dr rumah ke? mmg dia berniat nak. membunuh masa jumpa ni ke
Quote sharlenetexas 26-5-2023 08:37 PM
Tak cukup toreh perut dada pun ko tikam. Mmg kejam ko ni dik. Namamu dikecam dalam sejarah pembunuhan kejam di Malaysia.

Quote tom2 27-5-2023 10:41 AM
Boleh tak sebelum ke tali gantung, tikam dan toreh dulu perut dia
Quote immaryjane 27-5-2023 11:08 AM
Dah kalau dh standby pisau kedai eco tu dr rumah. Mst la fikir nk bunuh kn? Kau fikir ape dikkk, fikir tk kne tangkap? Tak kantoi? Dh la bakar pastu terus berambus tk tgok dh settle belum. Tk memasal org kmpung curios pebende yg berasap ni.

Klu terbunuh, tertikam dgn segala bnde ade kt tmpt kjadian, boleh la diterima nasib ape jd lpas tu.
Ni, dh siap plan. Kau expect lpas tu jalani hidup aman2? Merempit motor mcm biase, g dating dgn birah esha tu, buat vid tiktok dpt fyp.
Klu org tua lantok la, sdap2 je tk yah keje mkn tdur free je kt penjara tu.
Ni bdk baru nk kenal dunia, mst byk bnde dia plan lpas hbis belajar.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.103997 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top