CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid Maut Dirempuh Kereta Guru Di Sekolah Waktu Rehat

25-5-2023 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 584| Komen: 1

Description: Seorang murid Tahun Satu di China yang tidak didedahkan namanya, maut akibat kecederaan selepas dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan ekoran dirempuh kereta dipandu guru di perkarangan sekolahnya ...
Seorang murid Tahun Satu di China yang tidak didedahkan namanya, maut akibat kecederaan selepas dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan ekoran dirempuh kereta dipandu guru di perkarangan sekolahnya, Selasa lalu.


The Straits Times Biro Pendidikan Daerah Hanyang dan sekolah, insiden berlaku di Sekolah Rendah Hongqiao dekat daerah Hanyang, sembilan minit sebelum kelas pertama pada petang.


Gambar hiasan

Pemandu kereta yang juga seorang guru berusia 20-an itu ditahan polis untuk membantu siasatan.

Menurut Biro Pendidikan, mangsa bukan salah seorang murid kepada guru berkenaan.

Ibu mangsa dalam temu bual video yang diterbitkan di portal berita The Paper berkata, anaknya sedang makan tengah hari di sekolah pada hari kejadian.

Pada 2 petang, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru besar memaklumkan anaknya dilanggar sebuah kereta.


Dia bergegas ke hospital sebelum diberitahu yang doktor tidak dapat menyelamatkan anaknya.

Ibu bapa kanak-kanak itu mempersoalkan sama ada guru itu berada di bawah pengaruh alkohol.

Laporan mengatakan bahawa guru itu mempunyai kelas pada pagi itu dan tidak minum semasa makan tengah hari.

Dia kemudiannya memandu keretanya dari garaj bawah tanah dan berhenti kira-kira 10 meter dari pintu pagar sekolah untuk menunggu rakan sekerja.

Mereka sepatutnya menghadiri sesi latihan di luar sekolah.

Ketika itu, murid sedang berehat sebentar sebelum memulakan kelas petang pada 2 petang.

"Ketika guru itu memberhentikan keretanya, seorang kanak-kanak berlari di hadapan kenderaan dan mencangkung, dan berada di situ selama kira-kira dua minit," kata wakil Biro Pendidikan dalam temu bual video itu.

Guru itu memandu selepas rakan sekerjanya masuk ke dalam keretanya dan kemudian melanggar murid berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 26-5-2023 12:15 AM
chinese-national-flag-free-vector.jpg

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.102221 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top