CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Tak Lupa Janji Anwar Nak Turunkan Harga Petrol RM1.50

25-5-2023 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 441| Komen: 6

Description: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan melihat kerajaan seperti tidak peduli rintihan suara rakyat mengenai kos sara hidup, ekonomi tak stabil serta menafikan kebangkitan gelombang raky ...
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan melihat kerajaan seperti tidak peduli rintihan suara rakyat mengenai kos sara hidup, ekonomi tak stabil serta menafikan kebangkitan gelombang rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


“Rakyat masih tak lupa janji nak turunkan harga petrol RM1.50. Ayuh, kita bangkit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


FB

“Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, kita try kalih,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Khamis, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung status siasatan terhadap dakwaan berhubung sumbangan dana judi di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu.

Pada 5 Disember tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Anwar berkata, Kementerian Kewangan juga mendapati "pelanggaran" dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Ujar Wan Saiful, jawapan Menteri pada Khamis telah mengesahkan bahawa tiada bukti Perikatan Nasional (PN) terima dana syarikat judi.

“Lima bulan berlalu untuk kerajaan ini hasilkan imej dan persepsi buruk terhadap PN. Ini terang-terang fitnah besar dan dahsyat sekali.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) ini cuba menafikan kebangkitan gelombang rakyat pada PRU15.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-5-2023 12:55 AM
Dalam mimpilah.
Formula tak jadi.




Quote bulalof 26-5-2023 07:06 AM
munafikun.....
Quote Sesuatu… 26-5-2023 02:00 PM
Tu la kan. Org dulu2 kata sembang babi pun boleh terbang
Quote nolya 26-5-2023 02:09 PM
Mungkin kita terlepas pandang, AI buat janji sedemikian jika dia pegang tampuk kerajaan yg solid terpilih  atas kerusi PH.  Akan tetapi hari ini AI jadi PM, menerajui kerajaan atas tiket Kerajaan Perpaduan.  Ada beza tak?
Quote tripleid 26-5-2023 02:12 PM
Edited by tripleid at 26-5-2023 02:54 PM

janji DSAI nk turun rege petrol tu masa PRU zaman tok kadok bila??


PRU 12,13 semua BN menang..pru14 je Harapan menang.tu pun bukan dia yg jadi pm

Dsai takde pun bjanji nk turun rega petrol masa bkempen pru15.
Quote bulan_gerhana 26-5-2023 02:21 PM
hurm... mana mungkin nak turunkan rege minyak sekarang.. rege gula pun nak naik sekarang dah... dek kerana nak tunaikan janji2 maneeesss mesti dia suh sabar dulu... mcm dia ckp dgn org gomen suh sabar utk kenaikan gaji tuh... pada iiols.. kalau rege barang turun.. xde la rakyat kene spend more.. at least dgn gaji yg ade.. cukup utk tampung semu lagi...

iols tgh berangan bile le minyak nak jadi rm1.50 seliter ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044056 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top