CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Dah Cerai Kedua-Dua Isteri-Tash Yong Mengaku Dah Nikah Dengan Bosskay Di Luar Negara

24-5-2023 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5222| Komen: 54

Description: Tash Yong, 33, mengaku sudah bernikah dengan lelaki pilihannya, Khaireel Azlee Abdul Aziz atau Boss Kay pada Ramadan lalu di luar negara.Katanya dia tidak berhasrat merahsiakan perkahwinan itu, namun ...
Tash Yong, 33, mengaku sudah bernikah dengan lelaki pilihannya, Khaireel Azlee Abdul Aziz atau Boss Kay pada Ramadan lalu di luar negara.

Katanya dia tidak berhasrat merahsiakan perkahwinan itu, namun ada beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu, termasuk perancangan majlis resepsi pada November depan.


Foto: IG

"Alhamdulillah, syukur saya dan suami, Boss Kay sudah selamat bernikah pada Ramadan lalu.  Saya mohon doakan yang baik-baik buat kami dan tiada niat pun sebenarnya mahu merahsiakan perkahwinan ini.

"Cuma, kami simpan dulu cerita perkahwinan sehingga masa sesuai dan majlis resepsi nanti. Tapi, kami faham sebagai individu yang aktif di media sosial sudah tentu membuat orang tertanya-tanya status perhubungan kerana sering memuat naik video dan foto bersama.

"Kami harap dengan pengakuan ini, semuanya sudah jelas. Mohon maaf juga kerana kami tidak berkongsi lanjut mengenai perkahwinan kerana ia urusan peribadi. Cukuplah kami sudah mengaku sudah bernikah dan sekarang suami isteri yang sah," katanya kepada Harian Metro.



Ditanya juga status suaminya yang pernah mempunyai dua isteri sebelum ini, Tash berkata, Boss Kay sudah pun bercerai dengan kedua-dua isterinya. Katanya, dia tidak mahu mengulas lanjut.

"Mohon hormati keputusan ini dan mendoakan yang baik-baik saja. Kami percaya, segala doa dan kata-kata baik yang diberikan itu akan berbalik juga semuanya kepada kalian semula. Terima kasih," katanya.



Baru-baru ini menerusi hantaran video di Instagram Story, Tash ada memaklumkan dia dan suami bersyukur apabila akaun TikTok miliknya berjaya juga mendapatkan 'canting biru' kerana sudah menunggu lama.

Sejak itu, status hubungannya dan Boss Kay mula diperkatakan tetapi mereka mengambil tindakan berdiam diri dan meneruskan aktiviti di media sosial bersama-sama seperti biasa.



Bagaimanapun, Tash berkata, sekarang mungkin masa sesuai untuk mereka menjelaskan mengenai perkahwinan itu. Katanya, mereka juga faham pengakuan dibuat mungkin akan berdepan pelbagai kecaman selepas ini.

Tash dan Boss Kay yang dikenali sebagai TikTok Guru pada kalangan TikToker berkenalan pada hujung tahun lalu dan hubungan mereka menjadi rapat pada tempoh yang singkat, sekali gus saling mengenali antara satu sama lain. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 24-5-2023 11:25 AM
Who is yuhhh? Macam gampunk betul rhoper somi ko yang dan celup pelbagai chepit siap salut2 macam corndog... Tengok yang gambar bertanjak tu... Apesal ya geng2 bertanjak mesti nampak kepam siap pakej rambut panjang berserabai macam mintak kena hempuk....

No wonder kena hempuk dek Hindu Chola dengan Siam Budda waktu berperang dulu2.

Quote cikatilia 24-5-2023 11:31 AM
aku pantang betul lelaki melayu kepam buat rambut rebonding... pastu acah2 lelaki perkasa.. yekk

ni pakej lengkap hidung kepit perenang berirama...
Quote bedahmenjuyah 24-5-2023 11:38 AM
Whoareyus???? Boss k konon. Tah hapa2.
Quote dudaberhias 24-5-2023 11:40 AM
cikatilia replied at 24-5-2023 11:31 AM
aku pantang betul lelaki melayu kepam buat rambut rebonding... pastu acah2 lelaki perkasa.. yekk

ni ...

Tapi kaka... Acik tini naagin mata hijau tu suka tau rambut rebonding ni... Meskipun rhoper laki macam polong kering...

Hujung2 beranak anak tangan berbulu keje sidai coli pasar malam kat beranda sebab takde idea nak tag2 brand apa untuk post kat ig....

Quote Carcosa 24-5-2023 11:40 AM
Binatang2 mana niii
Retis ke ponnnn???
Quote maxim 24-5-2023 11:44 AM
geli tgk dua2 ekor ni. dgn pengikut2 die pon sama mcm gmpang

bila post video msti nk letak hashtag bodo #sahabatboskay pastu ada nombor 123/1000 bla bla..cam seall
Quote TomyamPuteh 24-5-2023 11:47 AM
Aku kenal bos VC dgn Mira bunggung je.
Quote pembacagosip 24-5-2023 11:49 AM
nguapan skala 10
Quote dewi_rina 24-5-2023 12:00 PM
Kahwin kat batam ke Ikut jejak langkah tok ram dan poad
Quote stania83 24-5-2023 12:05 PM
bad vibe tash yong ni..tengok dia berlakon pon dah nyampah..walhal aku ni positif 24 jam
Quote doubleA 24-5-2023 12:09 PM
Sesuai la jantantaguna dgn pompuanbimbo. Sepadan sgt
Quote cruz2 24-5-2023 12:14 PM
Bapaknya tash si komposer rosli selasih tu restu ke ni?
Bertudung balik ke si penyondol ni???
Quote dudaberhias 24-5-2023 12:23 PM
stania83 replied at 24-5-2023 12:05 PM
bad vibe tash yong ni..tengok dia berlakon pon dah nyampah..walhal aku ni positif 24 jam

no wonder lah kena sihir sampai chepit berdarah selama 6 bulan...

rhopernyaaa chepit tu gigih nak menyondol ciknek laki rhoper macam gampunk...
harap2 siam jajah semenanjung kembali dan hempuk laki tu...


Quote Ahriman 24-5-2023 12:26 PM
Luar negara=siam ...tiber
Quote tipah89 24-5-2023 12:28 PM
dua-dua ni bodo elok la berjodoh. cik pia ex wife ke2 tu aku xkesian, tapi aku kesian dgn si noni 1st wife tu, helok la she deserve better man walaupun she oll pun bodo jugak.. i oll since viral kes depa ni study jugakla ape ke helnya asik kuar kt porum je kan.
Quote timah03 24-5-2023 12:31 PM
cruz2 replied at 24-5-2023 12:14 PM
Bapaknya tash si komposer rosli selasih tu restu ke ni?
Bertudung balik ke si penyondol ni???

Bapak dia sakit kan... Dia yg jaga... Hidup susah kata nya...
Skrg dah senang la kot kahwin dgn bos...
Quote bynroslan 24-5-2023 02:17 PM
luar negara yeeeeeeeee
Quote jiwakacau06 24-5-2023 02:19 PM
gud luck la pmpuan ni...
Quote KamikuP 24-5-2023 02:30 PM
Laki tu persis mop jamban ekekeke

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.070469 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top