CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

honor 7 Terjual 200,000 Unit Dalam Masa 2 Minit!

13-10-2015 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16913| Komen: 85

Description: Kedatangan honor 7 ke pasaran Malaysia sememangnya dinanti-nantikan terutamanya selepas kejayaan model honor 6 pada tahun lalu.
Oleh Adib Za

Kedatangan honor 7 ke pasaran Malaysia sememangnya dinanti-nantikan terutamanya selepas kejayaan model honor 6 pada tahun lalu.


Bayangkan di China sahaja, honor 7 telah terjual sebanyak 200 ribu unit hanya dalam jangka masa 2 minit ketika pelancarannya! Luar biasa, bukan?

Manakala, di Malaysia, model ini telah terjual sebanyak 5,000 unit hanya dalam masa beberapa jam sahaja!



Bagi anda yang tidak biasa dengannya, honor merupakan satu siri model telefon pintar di bawah jenama Huawei. Memiliki spesifikasi dan prestasi tidak kurang hebatnya, menariknya ia ditawarkan dengan harga sangat mampu milik, RM1,399.


Tidak ketinggalan dengan trend skrin bersaiz mega, honor 7 didatangkan dengan dengan skrin 5.2 inci dan paparan IPS-Neo yang membolehkan resolusi 'Full HD' dinikmati pengguna. 

Sudah tentu paparan definisi tingi (HD) ini memberikan kesan yang lebih jelas dan terperinci buat pengguna, Meskipun begitu, ia dibekalkan dengan teknologi jimat 
tenaga (power saving) yang membenarkan efek maksimum tanpa menggunakan tenaga yang banyak. 



Juga didatangkan dengan storan binaan dalaman standard sebanyak 16 GB dan jika masih tidak cukup, anda boleh menambah storan sehingga 128 GB menerusi kad microSD. 


Reka bentuk elegan, ergonomik

Dari aspek reka bentuknya, honor 7 dipasang dengan material metal yang sleek dan kukuh. Bukan itu sahaja, reka bentuk ergonomiknya pula membuatkan ia sangat selesa digenggam. Ini penting bagi menjamin pengalaman terbaik ketika mengendalikan telefon pintar ini. 

Salah satu ciri yang membezakan model ini dengan siri honor terdahulu ialah, ia dilengkapi dengan teknologi imbasan cap jari (smart fingerprint scanner) yang memastikan privasi dan fungsi kawalan notifikasi untuk anda dipermudahkan. 



Dengan hanya sekali sentuhan pada bahagian belakang telefon ini, anda dapat mengawal privasi telefon pintar anda. Tidak hanya itu, honor 7 juga memiliki kekunci pintar (smart key) pada bahagian tepinya yang membolehkan akses pantas pada aplikasi yang ditetapkan.

Kamera pastinya menjadi elemen yang sangat penting bagi sesebuah telefon pintar dan honor 7 ini sangat memahami kehendak pengguna yang mahukan kualiti gambar persis  jurufoto profesional! Ia didatangkan dengan 20MP kamera belakang dan 8MP kamera hadapan yang cukup sempurna buat anda yang gemar bergambar selfie!

Bukan itu sahaja, kamera pada honor 7 dilengkapi dengan teknologi fokus yang pantas (PDAF fast-focusing) iaitu selaju 0.1 saat agar setiap gambar yang terhasil adalah 
yang paling jelas dan sempurna. 


Di samping itu, kapasiti penggunaan bateri sering dititikberatkan oleh para pengguna, selaras dengan kepelbagaian fungsi pada telefon pintar pada masa ini. Memahami keperluan itu, honor 7 disuntik dengan teknologi caj pantas (quick charge) dan membolehkan ia dicaj sehingga 50 peratus hanya dalam masa 30 minit!

Secara keseluruhannya, telefon ini memiliki berat sederhana iaitu 157 gram dan juga ketebalan pada 8.5mm. Prestasinya tidak perlu dipertikai dikuasakan dengan HiSilicon Kirin 935 processor, Android 5.0 dan juga RAM yang besar sehingga 3GB, menjadikan ia berada dalam kelas yang tersendiri.



honor 7 telah pun berada di pasaran Malaysia pada hujung bulan September. Bagi anda yang ingin sebuah telefon pintar terkini yang mempunyai reka bentuk elegan, spesifikasi tinggi namun dengan harga yang mampu dimiliki, honor 7 adalah jawapannya. - CARI Infonet

10

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tricomonas 13-10-2015 10:12 AM
Bateri dia mcm mana?kalau besar kapasiti tu boleh le try.. sbb aku tak suka nak usung power bank kehulu ke hilir..
Quote revolusi_30 13-10-2015 10:19 AM
Huawei memang bagus, dan no 1. Mengatasi Oppo dan apatah satu lg.  
Quote -electrifying- 13-10-2015 10:30 AM
xminat android .
Quote melia_star 13-10-2015 10:36 AM
1st time dgr. Betul ke bagus? Reporter Cari ni gigih promo. Ko ada kedai tepon Huawei ker?
Quote ocho 13-10-2015 10:42 AM
ASUS zenphone terbaek
Quote alieyrina 13-10-2015 11:09 AM
Aku lani cari henpon yg batery ok sikit..jenuh asik mengecas ja keja nya kalau masuk forum..

betui ka x build in batery salu x tahan lama ?
Quote qronaldo7 13-10-2015 11:10 AM
asus zenfone 2 high spec vs honor 7 mana lg bes??
Quote Jagendas 13-10-2015 12:04 PM
huawei bagus tp bateri je susah sket
Quote primemova 13-10-2015 12:05 PM
Aku android paranoid
Quote din_atos 13-10-2015 12:08 PM
qronaldo7 replied at 13-10-2015 11:10 AM
asus zenfone 2 high spec vs honor 7 mana lg bes??

zenfone kuat mkn bateri

Quote qronaldo7 13-10-2015 12:21 PM

hoho. baru nak angkat zenfone 2 4g ram
Quote chinta89 13-10-2015 12:56 PM
dengan i phone tu mne better ngn yg ni?
Quote insulin 13-10-2015 12:59 PM
alieyrina replied at 13-10-2015 11:09 AM
Aku lani cari henpon yg batery ok sikit..jenuh asik mengecas ja keja nya kalau masuk forum..

betu ...

Smartphone ko pakai battery cap ayam kut. Itu sebab phone ko cepat kiok.
Quote gaara_X 13-10-2015 01:08 PM
rela berhutang untuk gadget.....kang nak dapat brim kan.....ahaks!!..sampai terlupa akan kesan kenaikan tol....ahaks!!
Quote highcastle 13-10-2015 01:09 PM
qronaldo7 replied at 13-10-2015 12:21 PM
hoho. baru nak angkat zenfone 2 4g ram

Memang kuat mentekedarah beteri Zenfone ni, tapi mmg "power".................
Quote seramado 13-10-2015 03:05 PM
member penah pakai honor 6 dia kata best...
Quote damiqula 13-10-2015 03:19 PM
aku memang pakai honor,best jek aku rase.
tapi spec aku xtau,tau pakai je
Quote MH37O 13-10-2015 03:22 PM
siri ke 7???? hawat den tak tau keujudan hp ni....tak pernah dgr pun....tup2 dah ke7

kalau oppo tu taulaa walaupun pprt
Quote seramado 13-10-2015 03:33 PM
Letop uolss


150828-honor-7-malaysia-first-impressions-hands-on-13.jpg

151012-honor-7-malaysia-04.jpg

151012-honor-7-malaysia-05.jpg

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.100638 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top