CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budaya Tunjuk Hidup Mewah Sesama Kawan Ofis, Orang Kerja Gomen Cerai-Berai Gara-Gara Hutang

23-3-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13279| Komen: 197

Description: Seorang pengguna Facebook, @XiaVerEKeng tampil berkongsi nasihat kepada golongan muda agar menjauhi tabiat suka membuat pinjaman sehingga akhirnya terbeban dengan hutang.
Seorang pengguna Facebook, @XiaVerEKeng tampil berkongsi nasihat kepada golongan muda agar menjauhi tabiat suka membuat pinjaman sehingga akhirnya terbeban dengan hutang.

Dia menyaksikan kebanyakan rakan-rakannya kini sengsara gara-gara terlalu mengikut nafsu muda.



Gambar Hiasan

"Nasihat aku untuk anak muda bawah 30an. Janganlah terjebak dengan hutang, sebab korang masih muda... belum cukup asam garam, darah muda.

"Lagi pula zaman media sosial sekarang ni masing-masing berlumba nak tunjuk itu ini. Dengan hutang ni kalau tersilap langkah, kau bergaji M40 pun boleh downgrade kepada B40.

"Aku bekas kakitangan kerajaan, banyak yang aku tengok officemate aku salah urus hutang. Terpengaruh dengan kawan-kawan. Daripada seorang yang positif berubah jadi negatif, terjebak dengan mesin, dadah, ahlong, bercerai-berai.

"Sudahnya kerjaya kawan-kawan aku ramai yang terbabas sekerat jalan semuanya berpunca daripada hutang. Gali lubang tutup lubang," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsi di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.


Tambah individu berkenaan, tiada gunanya bersaing dengan rakan ataupun orang sekeliling jika kesudahannya perlu menanggung sengsara.

"Belajarlah hidup dengan apa yang ada je. Gajet, kereta, motor, rumah dan lain-lain pelan-pelan achieve dan rancang.

"Tak perlu pun nak bersaing dengan adik beradik, kawan-kawan siapa yang lagi hebat. Kawal nafsu. Hutang ni sangat bahaya, boleh jadi punca segala benda negatif akan datang," katanya.

Malah ujarnya, apa yang lebih membimbangkan, hutang akan membuatkan seseorang itu gagal mencari jalan keluar sehingga tua gara-gara tersilap langkah.

"Belajarlah berjimat cermat, pakai apa yang ada dan semampunya. Percaya dengan rezeki, suatu masa nanti cepat atau lambat kau dapat juga. Apa guna kalau shortcut jiwa merana hati tak tenang," nasihatnya lagi.

Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangannya selain ada di antara mereka berkongsi pengalaman rakan masing-masing yang merana akibat terjebak dengan hutang.

Dalam waktu yang sama, warga maya memuji pendekatan individu berkenaan kerana berkongsi perkara positif sebagai peringatan bersama. -CARI

Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 23-3-2023 10:52 AM
terutama yg sukamenunjuk ni belantan
Quote sayurmayur88 23-3-2023 01:05 PM
setujuh !~~!
personal loan + credit card! loan kereta ! loan rumah !!
gaji pagi masuk, sebelum tgh hari dah yillek !!!
Quote _kelly 23-3-2023 01:08 PM
mentaliti miskin
Quote nestea27 23-3-2023 01:10 PM
menakutkan bila tgk jumlah pinjaman peribadi sampai cecah beratus ribu
Quote syamzana 23-3-2023 01:13 PM
buat loan topup lagi dan lagi dan lagi sbbnya bagi depa kerja takkan hilang, gaji sentiasa masuk dah pencen masuk duit bulan2.
ni antara yg berlaku kat kolig iols dulu dan smpai skrg menten gitu gak. suke bertanding rumah sape plg besar plg cun, baju kurung kain apa yg latest, brg2 kemas new collection mesti ada.
kalau laki plak kereta, jam, laptop ape plg canggih.

umur baru 40an dok kira2 dah pencen bakal dapat sbb nak reno umah bg lg beso yg ni jenis tgh bulan je semput2 paras hidung.
pertandingan biasa antara pegw dgn staf bawahan, lectr kurang sikit bab bertanding ni tp kalut buat research sambil berskendel
Quote She-Ra 23-3-2023 01:16 PM
beli dan pakai ikut kemampuan
buat apa menyusahkan diri demi sesuap perhatian org keliling? takde pekdah aih

keperluan ke kehendak.. haa gituuuuu
Quote white_musk 23-3-2023 01:18 PM
Tak gomen lah kalau tak bertanding dik

biar pape asal bergaye
Quote afie_m 23-3-2023 01:20 PM
ha betul, mana yg suka tunjuk2 tu pengakhirannya dia orang susah...pimjam sana sini
Quote JunkMail 23-3-2023 01:23 PM
Aku rasa ni starter pack kehidupan.. semua melalui jalan yg sama.

Masa umur 20an tu gigih buat loan sana sini.. pastu hutang bertimbun. Kerja untuk bayar hutang je... Umur 30an tu dihabiskan clear semua hutang, hujung 30an baru aman hutang dah habis, dah insaf tak nak buat hutang baru dah.
Quote kamariah50 23-3-2023 01:28 PM
ada sampai usia 60 tahun hutang x hbis lagi
Quote chandrahusin 23-3-2023 02:11 PM
Bukan org gomen je tanggung hutang
Baru smlm kwn ofis aku sembang
Dia asik buat overlap cover hutang
Akhirnya hutang hya akan selesai lps umo 55
Seram aku dgr hutang sbb benda yg bkn essential
Quote ifanonline 23-3-2023 02:11 PM
sosial media yg membuatkan manusia berhutang...baik facebook, insta, tiktok...

tapi ada juga forumer2 yg canang ada BMW, MERC, resort, suami kaya tak perlu masak di rumah, etc...yang ni satu hal juga
Quote insulin 23-3-2023 02:14 PM
syamzana replied at 23-3-2023 01:13 PM
buat loan topup lagi dan lagi dan lagi sbbnya bagi depa kerja takkan hilang, gaji sentiasa masuk dah ...

Buat research sambil berskandal? Bahaya tu
Quote Clan204 23-3-2023 02:14 PM
aik bukan spa bila pilih staf utk join gomen ni pilih yg pandai2 je ke? ke pilih yg pandai sembang je...kikiki
Quote jfq 23-3-2023 02:19 PM
Edited by jfq at 23-3-2023 02:21 PM

Nasib baik time aku kerja dulu takda socmed.
Cuma terjebak nak shopping bila tgk iklan dan gmbr2 dalam majalah 'her world', 'female' dan seangkatan dgnnya
Quote syamzana 23-3-2023 02:25 PM
insulin replied at 23-3-2023 02:14 PM
Buat research sambil berskandal? Bahaya tu

2in1 baru la terpaling
Quote hashashes 23-3-2023 02:37 PM
Kurang kan scroll ig. Brand2 ni semua dia jual lifestyle je lebih. Padahal benda tu bukan keperluan kau pun. Diorang akan guna la alasan dah penat2 kerja reward la sikit diri sendiri. Dah kalau tiap2 bulan kau nak beli tudung, baju , handbag baru mana nak dtg saving kau dekkk
Quote vespa_oren 23-3-2023 03:00 PM
aku bab kereta, rumah agak kurang sikit sbb kerja pun kawasan b40, tapi banyak habis balik kampung dan family kt kampung
tapi tahun ini pelan2 kurangkan balik kampung dan belanja bila balik kampung, sekali balik hbs rm5k sahaja
Quote vanillaninja 23-3-2023 03:24 PM
Kawan2 I yang gomen takde pulak menunjuk2 mewah. Paling2 pun pakai tudung dUck je

Lihat semua komen(197)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.112638 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top