Gara-gara selalu tayang mesra di media sosial, nama Ahirine Ahiruddin dipetik sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle. Ahirine didakwa sebagai punca Diana memfailkan cerai terhadap aktor terbabit.
"Ini mesti Ahirine yang menjadi punca perceraian. Tidak rasa bersalah ke menjadi perosak rumah tangga Diana? Saman saja Ahirine kerana dia menjadi orang ketiga dan punca pergolakan. "Malah, negara kita ada undang-undang membabitkan orang ketiga. Saman saja," komen seorang pengguna media sosial. Bukan itu sahaja, ada yang kurang senang apabila Ahirine memuat naik perkongsian bermesra dengan Farid yang juga berstatus sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.
"Semenjak Farid rapat dengan seorang perempuan dan sering berada di litar, sehinggakan baju pun dibantu zip oleh Farid," komen seorang lagi netizen. Sebelum ini Ahirine berharap tidak timbul salah faham terhadapnya berikutan video dengan Farid yang membantunya memakai topi keledar sebagaimana dimuat naik di aplikasi Tik Tok. Katanya tindakannya tampil menjelaskan suasana yang berlaku memandangkan orang ramai menyebut nama isteri Farid, Diana Danielle di ruangan komen video berkenaan. Sementara itu, Diana dilaporkan membuat permohonan cerai pada awal bulan ini dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Isnin lalu. -CARI
|
OsHiN_hOnEy replied at 22-3-2023 02:09 PM
memandai yer yg menuduh FK ni mendadih
org tu sibuk layan pompuan muda lar
tu yg high sokmo
rosevelvet replied at 22-3-2023 02:10 PM
Ade ke org nk kat fk ni? Aku yg x cantik ni pun x hingin ngn dia.
Incanto replied at 22-3-2023 02:10 PM
ahirine tak nak mat pet lah
kalau tak lama dah DD serang, mcm kes ND pegang tgn FK masa photoshut d ...
rosevelvet replied at 22-3-2023 02:10 PM
Ade ke org nk kat fk ni? Aku yg x cantik ni pun x hingin ngn dia.
rosevelvet replied at 22-3-2023 02:10 PM
Ade ke org nk kat fk ni? Aku yg x cantik ni pun x hingin ngn dia.
exclusive_vvip replied at 22-3-2023 02:31 PM
this gal nampak mcm btol2 guna nama bapak utk naik kan..ig hmetro pun ada 2-3 kali thn lepas dok up ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
5-6-2023 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.086195 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.