CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Lakonan Yang Terlalu Beria-Ia," Fasha Sandha Tak Faham Maksud Fizz Fairuz

22-3-2023 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6407| Komen: 8

Description: Fasha Sandha menerima pendapat daripada sahabatnya, Datuk Fizz Fairuz berkenaan isu cedera di set penggambaran Anak Tuan baru-baru ini.
Fasha Sandha menerima pendapat daripada sahabatnya, Datuk Fizz Fairuz berkenaan isu cedera di set penggambaran Anak Tuan baru-baru ini.

Kata Fasha, dia melihat komen Fizz yang menyentuh mengenai lakonan yang terlalu beria-ia dari sudut positif.


Foto: IG

"Datuk Fizz adalah sahabat rapat saya. Saya tak tahu maksud dia apa, tapi, mungkin dia cuma berikan pendapatnya supaya selepas ini tidak lagi berlaku kecelakaan di set penggambaran.

"Saya terima pendapatnya dan melihat dari sudut positif. Begitu juga dengan semua pendapat yang lain kerana saya tahu, setiap orang ada pendapat mereka yang tersendiri," katanya kepada Harian Metro.


Hikmah dari insiden yang menyebabkan kecederaan di bahagian matanya itu juga membuatkan lebih banyak pihak membuka mata dari sudut keselamatan di set penggambaran.

"Hikmah daripada apa yang berlaku adalah, ia menimbulkan kesedaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati dan pastikan kawasan penggambaran selamat.

"Selama ini, saya tak kisah sebab ada orang yang akan memeriksa dari sudut keselamatan. Mungkin selepas ini, saya akan periksa sendiri. Sebab itu saya tak salahkan sesiapa sebab saya anggap ini dugaan kecil," katanya.



Ditanya mengenai hubungannya dengan Azhan Rani selepas insiden itu, Fasha berkata, ia adalah kemalangan dan mereka berdua menjalankan tugas sebagai pelakon untuk menjiwai watak.

"Saya tak salahkan Azhan atas apa yang berlaku. Saya sangat meminati lakonannya. Dia cakap, janganlah serik untuk bekerja dengannya lagi selepas ini. Saya pun beritahu perkara sama.

"Mungkin pada ketika itu, kami menjiwai watak kami. Lagi pula, itu adalah kali pertama kami berlakon bersama dan memang saya sendiri pun mengimpikan peluang untuk berlakon dengannya. Jadi, kami nak berikan yang terbaik," katanya.



Dalam insiden di set penggambaran Anak Tuan itu, Fasha cedera ketika menjayakan babak keganasan dalam rumah tangga apabila watak suami yang dilakonkan Azhan, menolaknya hingga dia terhantuk di bucu katil kayu.

Insiden itu menyebabkan Fasha patah tulang di bahagian mata kiri dan bebola mata kirinya juga berdarah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-3-2023 01:25 PM
Pasa ni dia memang jenis komited berlakon, disiplin pon bagus sebabtu byk production suka.. tapi kalau berlakon scene2 terkejut,  nampak dibuat2 sangat..
So lepas ni, klu ada scene2 tercampak ke, kena tolak ke, jatuh ke, apa ke make sure lah ciri2 keselamatan tu ada..
Quote dewi_rina 22-3-2023 03:50 PM
Motif eh suka sangat caption no makeup no filter
Quote OyenLemas 22-3-2023 05:57 PM
saya pn takpaham. ce sandar skit
Quote dudaberhias 22-3-2023 06:28 PM
pelakon yang paling berdisiplin... takde pun ye dia nak buruk2 kan si ponen kertu gelap azhan tu... padahal orang tu memang belakon beria2...
Quote cikperiukkera 22-3-2023 07:08 PM
Perawankota replied at 22-3-2023 01:25 PM
Pasa ni dia memang jenis komited berlakon, disiplin pon bagus sebabtu byk production suka.. tapi kal ...

Meols sependapat dgn komen chuols…scene terkejut mmg npk fake..yg lain kira boleh laaa. Gws fasha . Sheols bagus x slhkn sapa2…mata kottt.
Quote rosedemon 23-3-2023 10:01 AM
apehei ko xpaham benak tol
Quote rosevelvet 23-3-2023 10:21 AM
Perawankota replied at 22-3-2023 01:25 PM
Pasa ni dia memang jenis komited berlakon, disiplin pon bagus sebabtu byk production suka.. tapi kal ...

Eh mmg betul. Scene tkejut sheol nmpk kaku
Quote afie_m 23-3-2023 12:50 PM
dari segi disiplin mamang terbaik, cuma kadang nampak juga lakonan tu tak menjadi..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.091300 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top