CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ummi Nazeera Risau Dan Gelabah Anak Patah Tulang Siku, Syukur Suami Sentiasa Di Sisi

22-3-2023 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3991| Komen: 6

Description: Anak perempuan Ummi Nazeera, Ayra Aneesah terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami patah tulang pada bahagian sikunya.
Anak perempuan Ummi Nazeera, Ayra Aneesah terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami patah tulang pada bahagian sikunya.

Ummi bersyukur kerana suaminya yang juga merupakan seorang doktor iaitu Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berada di sisi semasa berdepan situasi cemas itu.


Foto: IG

"Alhamdulillah, pembedahan Ayra berjalan lancar. Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan jika tiada suami disisi.

"Terima kasih Izzar. Terima kasih kerana sangat tenang dan awak membuatkan saya lebih tenang," katanya di Instagram.



Ummi turut berkongsi betapa pentingnya kehadiran seorang suami di sisi tatkala berdepan dengan situasi cemas melibatkan anak-anak.

Katanya sebagai seorang ibu hatinya sedih melihat keadaan anak yang sedang sakit.



"Bila anak sakit sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang-kadang ibu emosi, sedih sangat tengok anak sakit.

"Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yang baik yang hadir dalam hidup anak-anak kita. Kita doakan ya," ujarnya.

Berkongsi perkembangan terkini, Ummi memberitahu keadaan anaknya sudah semakin baik tetapi memerlukan penjagaan rapi dalam tempoh empat hingga enam minggu.

Malah, dia turut meminta cadangan pengikutnya tentang aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang mengalami patah tangan.



"Untuk sesiapa yang bertanya, Ayra kini semakin baik tetapi perlu diberi penjagaan rapi untuk empat hingga enam minggu bagi memastikan siku dia pulih sepenuhnya.

"Ayra juga tidak boleh bersekolah dan kamu boleh beri cadangan pada saya aktiviti apa yang boleh saya buat untuk anak berusia empat tahun setengah yang patah tangan?" katanya.



Untuk rekod, Ummi mendirikan rumah tangga bersama Izzar pada 23 Julai 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Ayra Aneesah, 5 dan Aysha Arsylia yang kini berusia dua tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 22-3-2023 02:43 PM
lasaknya ko nak. bagus2
Quote rayna_raynes 22-3-2023 03:32 PM
Laki dia ni kalau jalan sebelah Ummi nampak mcm bodyguard haha
Quote Hoola 22-3-2023 03:40 PM
tung ah ada laki, doktot juga tu..utk menenangkan katanya..kami yg ditinggalkan laki ni kamilah hero pd anak2
Quote OyenLemas 22-3-2023 04:43 PM
apa2 jd kt anak. mak laa terpaling ghisauu
Quote dudaberhias 22-3-2023 06:22 PM
buas sangat tu... tapi sebab benda ni lah nanti anak tu akan serik... kalau tidak melompat sakan kulu kilir selagi tak kojol...
Quote rosedemon 23-3-2023 10:02 AM
nak tayang ada laki ke tuuu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.430973 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top