CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dari Kecil Sekolah Cina, Layla Sania Ada Masalah Bertutur Dalam Bahasa Melayu

17-3-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7772| Komen: 53

Description: Disebabkan menuntut di sekolah jenis kebangsaan Cina, Layla Sania mengakui dia mempunyai masalah untuk bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu.
Disebabkan menuntut di sekolah jenis kebangsaan Cina, Layla Sania mengakui dia mempunyai masalah untuk bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu.

Dia berasa gementar kerana bimbang tidak dapat bertutur dengan baik ketika menjalani penggambaran sebuah drama Melayu.


Layla mengambil inisiatif mempelajari tentang pengolahan skrip dan penjiwaan watak dengan pelakon senior.


Foto: IG

"Saya sekarang sedang berlakon drama Melayu pertama... sebelum ini saya banyak membintangi drama berbahasa Cina sahaja.

"Saya sebenarnya takut nak berlakon drama Melayu. Bukan apa, selama ni saya bersekolah Cina jadi bahasa Melayu saya tak berapa sangat.

"Bila hafal skrip bahasa Melayu, banyak perkataan yang saya tidak tahu tapi nasib baik rakan-rakan artis banyak membantu," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Layla memberitahu dia pernah menghadiri kelas semata-mata untuk bertutur bahasa Melayu dengan lebih baik.

Penyanyi lagu Bambino itu kini lebih yakin untuk bercakap menggunakan bahasa Melayu kerana telah mendapatkan latihan secukupnya.



"Sejak awal menceburi bidang seni, saya mula-mula masuk dalam industri Melayu dulu barulah ke industri hiburan bahasa Cina.

"Saya rasa saya perlu belajar bahasa Melayu kalau tak, sayanglah kan? Bukan saya tak pandai bahasa Melayu, cuma saya tak tahu nak bercakap formal dan buat ayat yang sempurna.

"Sekarang ni penguasaan bahasa saya lebih baik kerana saya ada menghadiri kelas. Di situ saya banyak belajar bagaimana untuk menjawab temu bual dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris," ujarnya.



Untuk rekod, Layla pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) pada Disember tahun lalu menerusi filem Small Town Heroes.

Lagu nyanyiannya, You’re The Only One in My Heart dendangan asal penyanyi Taiwan, Tiger Huang memperkenalkan nama Layla dalam industri muzik tanah air.



Penyanyi ini turut mempunyai dua single berbahasa Mandarin iaitu Traveler dan By Your Side. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 17-3-2023 11:23 AM
Dekat rumah pun cakap cina ke. Agak2 la
Quote lattehazelnut 17-3-2023 11:26 AM
Hmmm.. xkan dgn family pun cakap cina..
Muka melayu biasa je bukan lots of mix..

N xkan sampai sek men sekolah cina..
Yg sekolah men ade ke sekolah cina yg gomen punye..
Yg i tau swasta je..
Quote codenamedream 17-3-2023 11:29 AM
Terpaling power bahasa cina.


Tapi kawan melayu meols yg sekolah cina pun perbendaharaan kata sheols kurang.
Selalu meols jadi translator BI ke BM sheols.
Quote vanillaninja 17-3-2023 11:32 AM
Sheols cakap English ke dekat rumah. Sampai tak boleh "bertutur dengan baik". Anyway I tak kenal pun sheols ni. Bye
Quote mojarean_X 17-3-2023 11:36 AM
X kenal. Next
Quote pembacagosip 17-3-2023 12:05 PM
sek cina x ada subjek bahasa melayu ke?
ok baiii
Quote Suchi 17-3-2023 12:08 PM
Selalunya hat speaking 24jam ja tak reti melayu sbb mak pak pun pi ckp omputeh gak kat umah
Ini mcm tak logik laa takkan mak pak hang pun ckp cina kat umah? Melainkan mak pak hang mmg cina.

Btw cina banana ramai je kat malaysia ni. Depa boleh ckp cina tp tak reti menulis dan membaca dlm bhs cina heheh dah mcm org buta huruf laaa
Quote hyie 17-3-2023 12:25 PM
iols layan lagu sheols Bambino. Sheols duet dengan Bunga.

sheols ada je singles BM, selain Mandarin. Yang sheols maksudkan tak reti guna BM tu, untuk ayat2 formal lah. Ni memang sejenis tak guna BM sangat lah kot, atau masa sekolah tak fokus kelas BM.
Quote aleesyasofia 17-3-2023 12:46 PM
Poyonya.. bapak iolss sekolah cina elok jer ckp melayu..
Quote tri-max 17-3-2023 01:00 PM
wah terpaling
tak yah la wat statement kalau tak da inti sgt
sefaham aku alif satar tu sign language pun dia master, tp tidaklah buatstatement terpaling
paham la bulu baru nak tumbuh
gi beli pencukur dulu
Quote sharlenetexas 17-3-2023 01:02 PM
Who ayussss?


Quote Thunderclouds 17-3-2023 01:05 PM
Xkenal.
Tp iols ramai kwn² dr sekolah cina.
Ada yg sembang mcm kita².
Ada yg pelat² telor cainis.
Yg spesis ni dr kiddy sampai secondary school sek cina. Adik bradik pn sama & kt umah mmg mnyembang dlm mandrin.
Masuk U br bgaul ngn melayu.
So yg minah ni ckp make sense to me.
Quote jihyomelly 17-3-2023 01:07 PM
ada kenalan skolah cina sampai menengah..masuk itm sampai degree..skarang pun dgn adik bradik dia cakap cina @ omputih ..keturunan saripah bila cakap melayu dgr pelik
Quote Manjahati 17-3-2023 01:08 PM
Ok nextttt
Quote jejaka_hensem 17-3-2023 01:16 PM
Mesti comel kan bila dgr dia cakap melayu.
Ada pelat2 cina gitu
Quote cikatilia 17-3-2023 02:30 PM
org yg lahir2 luar negara jejak negara sendiri sekejap2 pon pandai aje BM

Quote uori 17-3-2023 02:34 PM
sini je bangga kalau tak boleh berbahasa ibunda, rakyat negara jiran dorang malu tauuu
Quote _kelly 17-3-2023 02:35 PM
nyanyi dalam lif ke tu
jenuh akak mikir
Quote _kelly 17-3-2023 02:37 PM
Suchi replied at 17-3-2023 12:08 PM
Selalunya hat speaking 24jam ja tak reti melayu sbb mak pak pun pi ckp omputeh gak kat umah
Ini mcm  ...

cina banana kalau kat ofis i lebih kepada cina yg haram tak reti cakap cina..cina pada kulit dan nama semata sebab tu panggil banana

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047308 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top