CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perokok Bingung Fikir Harga Sekotak Rokok Cecah RM96

16-3-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4238| Komen: 0

Description: LONDON – Perokok di Britain bakal menyaksikan perbelanjaan mereka semakin meningkat apabila kerajaan mengumumkan kenaikan cukai tembakau dalam pembentangan Bajet Musim Bunga.Daily Star melaporkan, Ca ...
LONDON – Perokok di Britain bakal menyaksikan perbelanjaan mereka semakin meningkat apabila kerajaan mengumumkan kenaikan cukai tembakau dalam pembentangan Bajet Musim Bunga.

Daily Star melaporkan, Canselor Jeremy Hunt ketika membentangkan bajet itu berkata, lonjakan dalam duti tembakau akan menyaksikan harga sekotak rokok meningkat sehingga £11.80 (RM64.17) pada pukul 6 petang (waktu tempatan) semalam.


Harga bagi kotak mengandungi 20 batang rokok pula akan meningkat sebanyak £1.15 (RM6.25) di bawah kadar baharu itu, demikian menurut makluman Hunt kepada Dewan Rakyat awal semalam.

Gambar Hiasan: Getty Images

Pengumuman itu merupakan sebahagian daripada Bajet Musim Luruh kerajaan Britain ketika ia terus berusaha menyelamatkan negara itu daripada impak Covid-19 serta krisis kos sara hidup.

Selain harga rokok biasa yang akan dinaikkan kepada £11.80 daripada £10.65 (RM57.90) sebelum ini, rokok premium pula boleh melonjak daripada £15.35 kepada £17.65 sekotak (RM83.49 kepada RM96).


Kerajaan Britain pada masa ini menyasarkan untuk menjadikan negara itu bebas rokok menjelang 2030 dengan kurang lima peratus daripada penduduknya adalah perokok. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.444036 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top