CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Alamak! Pengasuh Cuti, Kena Bawa Anak Ke Pejabat?

30-9-2015 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4545| Komen: 1

Description: "Apa? Pengasuh ambil cuti? Macam mana ni? Anak-anak siapa nak jaga?"
Oleh Adib Za

"Apa? Pengasuh ambil cuti? Macam mana ni? Anak-anak siapa nak jaga?"

Sebagai ibu bapa, anda pasti pernah menghadapi situasi seperti ini, bukan? Bila pengasuh bercuti, ramai ibu bapa terpaksa mengambil cuti sama. Yalah, siapa pula nak jaga anak-anak. 


Namun, jika ia merupakan cuti kecemasan, hendak atau tidak, anda perlu membawa anak ke pejabat. Namun, apakah yang perlu dilakukan. Bagaimana jika anak menangis? Situasi ini turut merisaukan, bukan?

Sebagai langkah terbaik, anda tenangkan diri dulu. Jangan emosi dan tertekan. Ikuti langkah yang disarankan oleh portal Pa&Ma ini:

 1. Beritahu pihak atasan tentang masalah anda

Sudah tentu kehadiran anak di pejabat boleh mengganggu suasana kerja dan produktiviti anda. Oleh itu maklumkan kepada ketua bahawa anda terpaksa membawa anak ke pejabat kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. Beritahu alasan yang munasabah agar bos memahami situasi yang sedang anda hadapi.



2. Keadaan yang kondusif

Pastikan suasana dan persekitaran kerja adalah kondusif untuk membawa anak kecil. Jika boleh suasana pejabat tidak berada dalam keadaan yang sibuk ketika anda membawa si kecil ke pejabat kerana ia boleh mengganggu tugas di samping sibuk menjaga si kecil. Sediakan tempat untuk anak berehat dan membuat aktivitinya sendiri supaya dalam masa yang sama anda boleh bekerja.


3. Siapkan aktiviti untuk anak

Jangan lupa membawa segala kelengkapan yang diperlukan untuk melekakan anak sepanjang mereka berada di pejabat menunggu anda bekerja. Antara barangan mereka adalah permainan kegemaran, alat tulis, buk mewarna, buku stiker, tablet (jika ada) dan sebagainya. Biarkan anak sibuk supaya dia tidak bosan menungguu dan boleh mengganggu anda membereskan kerja.

(Sumber foto: fastcompany)


4. Maklumkan kepada anak situasi di pejabat

Berikan sedikit gambaran kepada anak tentang persekitaran di pejabat yang bakal dilawati. Sedikit sebanyak ia membantu si kecil menyesuaikan diri. Tegaskan yang mereka tidak boleh mengamuk, membuat perangai dan meminta balik sebelum habis waktu bekerja, tidak boleh mengganggu orang lain di pejabat membuat kerja dan membuat bising.


5. Bawa bekalan makanan yang cukup

Anak kecil sering mengadu lapar dan suka mengunyah. Oleh itu pastikan anda siapkan bekalan susu dan snek sihat supaya dia tidak merengek secara tiba-tiba meminta makanan dan sebagainya. - CARI Infonet


Baca selanjutnya: Pa&Ma

19

Bagus
18

Marah
22

Terkejut
25

Sedih
24

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Leen 30-9-2015 04:27 PM
Kalau dilihat di whatapp baru2 ni, sekolah juga dianggap sbg tempat asuhan dan guru2 sbg pengasuh... Huhuhu...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.090661 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top