CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Cedera Dibelasah Gara-Gara Enggan Temankan Abang Pergi Kedai

13-3-2023 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5687| Komen: 1

Description: PETALING JAYA: Seorang wanita cedera dipukul abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu selepas menolak permintaan untuk menemani lelaki itu ke kedai di rumah mereka di Taman Cahaya, A ...
PETALING JAYA: Seorang wanita cedera dipukul abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu selepas menolak permintaan untuk menemani lelaki itu ke kedai di rumah mereka di Taman Cahaya, Ampang Jaya, di sini Khamis lalu.


Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa berusia 20 tahun yang juga pekerja khidmat pelanggan berada di rumah sebelum abangnya mengajak menemaninya ke kedai untuk membeli barang namun dia menolak ajakan itu.


Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek tiba-tiba meluru ke arah mangsa yang sedang berbaring dan memijak paha kanan, bahu kanan dan menumbuknya di kepala berkali-kali.

Katanya, mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ampang dan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Suspek berusia 31 tahun yang tidak bekerja ditahan di rumah mereka  pada 10.30 malam hari sama,” katanya dalam kenyataan.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 13-3-2023 04:28 PM
Siannya.
Sure abang dia autisme.
Dua dua I kesian.
Takkan mak bapak nak buang lak kan anak autism tu...
Haish.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.045767 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top