CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5500|Reply: 1

Adik Cedera Dibelasah Gara-Gara Enggan Temankan Abang Pergi Kedai

[Copy link]
Post time 13-3-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Seorang wanita cedera dipukul abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu selepas menolak permintaan untuk menemani lelaki itu ke kedai di rumah mereka di Taman Cahaya, Ampang Jaya, di sini Khamis lalu.


Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa berusia 20 tahun yang juga pekerja khidmat pelanggan berada di rumah sebelum abangnya mengajak menemaninya ke kedai untuk membeli barang namun dia menolak ajakan itu.




Gambar Hiasan




Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek tiba-tiba meluru ke arah mangsa yang sedang berbaring dan memijak paha kanan, bahu kanan dan menumbuknya di kepala berkali-kali.


Katanya, mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ampang dan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.


“Suspek berusia 31 tahun yang tidak bekerja ditahan di rumah mereka  pada 10.30 malam hari sama,” katanya dalam kenyataan.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya.
Sure abang dia autisme.
Dua dua I kesian.
Takkan mak bapak nak buang lak kan anak autism tu...
Haish.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.543237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list