CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Tiga Hari Mati- Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Kereta Enjin Hidup Depan Pasar Raya

13-3-2023 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7863| Komen: 19

Description: Seremban: Lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta oleh rakannya di Garden Homes, Seremban 2 di sini, malam tadi.Dalam kejadian pada 7.30 malam itu, rakannya secara kebetulan ternampak kereta lelaki ...
Seremban: Lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta oleh rakannya di Garden Homes, Seremban 2 di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada 7.30 malam itu, rakannya secara kebetulan ternampak kereta lelaki berusia 43 tahun itu di tempat parkir sebelum melihat ke dalam Proton Wira berkenaan dan mendapati mayat mangsa sudah membengkak.


Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pengadu yang juga rakan mangsa memaklumkan melihat kereta itu berada di hadapan sebuah pasar raya dalam keadaan enjin kereta masih hidup.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya melihat ke dalam kereta itu dan mendapati mangsa berada di tempat penduduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, muka mangsa juga dilaporkan sudah membengkak serta terdapat cairan terkeluar dari hidung dan mulutnya.

"Dia cuba membuka pintu kereta namun berkunci serta mengetuk cermin kereta tetapi mangsa tidak memberi tindak balas sebelum menghubungi MERS 999 untuk meminta bantuan," katanya.


Nanda berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti lelaki itu dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba yang ke lokasi cuba membuka pintu pemandu dengan mengumpilnya.

"Pembantu kesihatan membuat pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapatinya sudah meninggal dunia lebih kurang dua ke tiga hari sebelum ditemukan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, barang peribadi si mati berada di dalam laci papan pemuka kenderaan, manakala telefon bimbitnya berada di tempat duduk penumpang hadapan selain tiada kesan pecah pada cermin kereta," katanya. -Seremban: Lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta oleh rakannya di Garden Homes, Seremban 2 di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada 7.30 malam itu, rakannya secara kebetulan ternampak kereta lelaki berusia 43 tahun itu di tempat parkir sebelum melihat ke dalam Proton Wira berkenaan dan mendapati mayat mangsa sudah membengkak.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pengadu yang juga rakan mangsa memaklumkan melihat kereta itu berada di hadapan sebuah pasar raya dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya melihat ke dalam kereta itu dan mendapati mangsa berada di tempat penduduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, muka mangsa juga dilaporkan sudah membengkak serta terdapat cairan terkeluar dari hidung dan mulutnya.

"Dia cuba membuka pintu kereta namun berkunci serta mengetuk cermin kereta tetapi mangsa tidak memberi tindak balas sebelum menghubungi MERS 999 untuk meminta bantuan," katanya.

Nanda berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti lelaki itu dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba yang ke lokasi cuba membuka pintu pemandu dengan mengumpilnya.

"Pembantu kesihatan membuat pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapatinya sudah meninggal dunia lebih kurang dua ke tiga hari sebelum ditemukan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, barang peribadi si mati berada di dalam laci papan pemuka kenderaan, manakala telefon bimbitnya berada di tempat duduk penumpang hadapan selain tiada kesan pecah pada cermin kereta," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 13-3-2023 03:59 PM
Mesti semua hairan
Minyak tak habis
Quote vanillaninja 13-3-2023 04:22 PM
Family members mangsa takde buat laporan hilang ke? Kalau kawan mangsa tak nampak, memang takde sape la tau?
Quote pearl.silver 13-3-2023 04:23 PM
she replied at 13-3-2023 03:59 PM
Mesti semua hairan
Minyak tak habis

Kereta jimat minyak agaknya..
Quote ifanonline 13-3-2023 04:26 PM
berhantu nanti di kwsn tu
Quote sepiITUindah 13-3-2023 04:29 PM
kereta wira ...ada harga
Quote becir 13-3-2023 04:32 PM
Depan pasaraya, 3 hari enjin hidup..takkan takde langsung orang perasan?
Quote wirazam 13-3-2023 07:03 PM
she replied at 13-3-2023 03:59 PM
Mesti semua hairan
Minyak tak habis

Kereta X bergerak kan...cuma enjin yg hidup..guna less oil compare dgn kereta yg bergerak..tak gitu??
Quote B40tastePosh 13-3-2023 07:23 PM
Sakit jantung kot
Quote pengecatbintang 13-3-2023 07:49 PM
semakin ramai yg mati tiba2
Quote Dovahkiin 13-3-2023 07:52 PM
Keracunan carbon monoxide rasanya ni. Tido dalam keta.
Quote Supersirap 13-3-2023 10:52 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote margo20 13-3-2023 10:55 PM
Org yg lalu lalang pun takkan nak tilik pulak sape dlm kete tu
Quote sambaldurian 14-3-2023 01:10 AM
Kereta ni mmg park gini ke, or sbb polis tarik. Klu aku dh jeling dh parking mkn petak. Either dia bdn besar, tingkap tinted, org lalu lalang pun x perasan. Klu aku pun, ingat org ni tido. Tp style aku klu nk tido, setiap tingkap aku bukak sikit, biar udara sikit, nk bukak luas risau penjenayah je gagau kunci kereta.
Quote FOTHER-MUCKER 14-3-2023 01:32 AM
Dah selesai hak dia dengan cara yang senang. Ramai pesakit di katil hospital menunggu dalam kesakitan termasuk di terbalikkan di campak kekiri kekanan sewaktu menunggu kematian.
Quote noor2 14-3-2023 07:00 AM
Innalillah...ni mesti ada kaitan serangan jantung....ramai org umur mcm ni mati kena serangan jantung....x kira lelaki atau perempuan
Quote Kurex 14-3-2023 07:06 AM
Berapa kali nak ulang tengok dalam kereta, tak sedarkan diri mula membengkak ada cecair keluar?
Quote grouper 14-3-2023 07:53 AM
Mlm2 org x perasan ke....xde org langsung ke tempat tu ..guard xde round?
Quote sangbara2020 14-3-2023 07:56 AM
takziah....
Quote Simunggu 14-3-2023 08:01 AM
kenapa family & kawan kawan tak cari?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063600 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top