CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 4 Bulan Langsung Tak Jumpa Anak- Adam Shahz Mohon Hak Lawatan Dan Bermalam, Fatin Afeefa Bantah

28-2-2023 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5051| Komen: 57

Description: Fatin Afeefa hari ini memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya, Adam Shahz bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.
Fatin Afeefa hari ini memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya, Adam Shahz bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.

Susulan daripada itu, pihak mahkamah hari ini menetapkan semula tarikh sebutan kedua kes berkenaan iaitu pada 17 April depan bagi mendapatkan kemas kini untuk tuntutan kedua-dua belah pihak.


Peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Adam memberitahu pihak defendan iaitu Fatin telah memfailkan bantahan untuk pindaan permohonan pindaan iaitu hal lawatan yang difailkan plaintif (Adam) sebelum ini.


Foto: IG

“Hari ini sebutan kes pertama dan pihak kita sebenarnya memohon untuk membuat pindaan (hak lawatan) kepada yang telah difailkan sebelum ini iaitu tuntutan hak penjagaan penuh.

“Namun, pihak defendan membuat bantahan dan kami diarahkan untuk memfailkan pindaan secara bertulis,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.


Tambah Liyana, anak guamnya telah memfailkan tuntutan hak penjagaan penuh anaknya daripada bekas isteri.

“Selepas perbincangan, kami percaya anak guam boleh bertolak ansur untuk berikan hak jagaan kepada defendan.

“Jadi, itulah perbincangannya. Kita tahu bila seseorang dapat hak jagaan manakala pihak lagi satu akan dapat hak lawatan tetapi dibantah.

“Kita nak bersama-sama menang cuma perkara ini dibantah dan percaya kami ada hak serta akan tuntut,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya juga dalam usaha bagi memfailkan perintah hak jagaan sementara yang membolehkan plaintif bertemu dengan anak perempuannya.

“Kami juga ada usulkan dalam tuntutan untuk failkan perintah hak jagaan sementara untuk membolehkan mereka Adam berjumpa dengan anaknya cuma akan mengambil masa,” katanya lagi.

Adam pula ketika ditemui menjelaskan sudah empat bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya.

“Kali terakhir kami berjumpa pada Oktober tahun lalu dan saya sendiri tidak tahu dia berada di mana selain dapat tahu bekas isteri sudah menghantarnya ke sekolah berasrama.

“Saya telah disekat oleh keluarga sebelah sana termasuk bekas isteri dan sehingga hari ini tidak berhubung dengan anak.

“Pada majlis sulk lalu, defendan ada beritahu anak sudah dihantar ke sekolah berasrama tetapi tidak diceritakan secara terperinci,” ujarnya.

Pelakon filem Juvana itu seterusnya berharap agar semua urusan berkaitan tuntutan yang difailkan dipermudahkan.

Fatin diwakili oleh peguam syarie, Aiman Abd. Rahman pula memberitahu akan mengikut segala prosedur yang ditetapkan mahkamah bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

“Tiada apa yang saya nak cakap. Kita sudah masuk mahkamah dan akan selesaikan mengikut proses.

“Saya juga enggan beri sebarang kenyataan yang boleh memakan diri dan menghormati badan kehakiman,” tuturnya.

Pada 26 Januari lalu, prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal pelakon Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Syariah Shah Alam menyaksikan satu prosiding majlis sulk diadakan membabitkan kedua-dua belah pihak.

Untuk rekod, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkahwin dengan Adam pada Disember 2013, namun bercerai sekitar Mei 2017. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 28-2-2023 05:03 PM
I wonder kenapa hak lawatan pun Fatin bantah. Gaya macam nak cut-off terus dari hidup Ivy.
Quote aammyy 28-2-2023 05:04 PM
Mana boleh gitu. Adam tu wali. Jgn nanti nak kahwin, kena kahwin kat Thailand pulak.
Quote dewi_rina 28-2-2023 05:10 PM
Nanti nak kawin pandai la dia cari adam yg dia kata biawak tu
Quote thyme2 28-2-2023 05:14 PM
Ni mesti kes Adam ni duk tanya/korek mcm2 cerita dari anaknya. Lepas tu letak kat media social. Budak tu kecik lagi kot. Duk tanya benda tak patut mcm tu dah kenapa…sebelum kes tu, nmpk ok je dia duk ambil anak..
Quote rogayahtop 28-2-2023 05:43 PM
Mmg ramai ex mcm ni  Tu je cara nak puaskan ego masing2, anak2 jadi mangsa  

kalau ada kawan2 yg kena mcm ni dgn mmg kesian tgk. nak2 mak mmg jenis pompuan sihir sampai buat cerita palsu psl suami.

dah bnyk pun kes berebut depan tadika pun ada.
Quote dudaberhias 28-2-2023 06:59 PM
bagi je lah jumpa patin oiii... ko kan dah berlaki si opai tu yang kejap comel kejap tak comel... lagi best apa dapat hantar anak dekat ayah kandung dia... boleh ko gentel telo si opai tu yang kemain alpha kulu kilir kat setiap penjuru rumah...
Quote primarikey 28-2-2023 08:12 PM
dudaberhias replied at 28-2-2023 06:59 PM
bagi je lah jumpa patin oiii... ko kan dah berlaki si opai tu yang kejap comel kejap tak comel... la ...

Haha
Komen kaka x pernah menghampakn
Quote primarikey 28-2-2023 08:13 PM
Tak baik la patin ni...jgn la pisahkn ank dgn ayah...kasih syg ayah tiri xkn sama dgn ayah kandung...jgn sbb ego ank jd mangsa
Quote timah03 28-2-2023 08:34 PM
primarikey replied at 28-2-2023 08:13 PM
Tak baik la patin ni...jgn la pisahkn ank dgn ayah...kasih syg ayah tiri xkn sama dgn ayah kandung.. ...

Sblm ni si patin tu bagi je jumpa anak... Tapi si laki pula sibuk cungkil2 hal patin kat anak tu smpai share kat media... Yg si patin tu tido dgn laki...
Dah buat mcm tu, tak kan senang2 nak bg hak lawatan lagi...

Quote Afie13 28-2-2023 08:42 PM
ellZack replied at 28-2-2023 05:03 PM
I wonder kenapa hak lawatan pun Fatin bantah. Gaya macam nak cut-off terus dari hidup Ivy.


Jahat mcm mana adam tu tetap la dia ada hak walaupun lawatan sekali sbulan. Ini sampai 4 bulan x jumpa anak kesian la ex laki tu. Mmg adam ni teruk mulut lembik n suka londeh aib fatin tapi x patut la pisahkan anak dgn ayah mcm tu

Apa alasan si fatin bantah adam nak dapatkan hak lawatan??? Kesian dekat anak tu dia pun ada hak nak rasa kasih sayang dua2 pihak
Quote she 28-2-2023 08:48 PM
Ramai orang ingat
Bila bekas suami minta hak lawatan
Dia lah bapa mithali

Patutnya tugas seorang ayah bukan lawatan 4 kali sebulan
Atau bermalam dengan anak

Patutnya bapa makan KFC
Beli sekali untuk anak
Bapa pergi bercuti bawa anak sekali
Anak sakit
Bapa datang gilir menjaga merawat
Bapa bayar nafkah anak
Bapa amek tahu perkembangan anak

Bukan cuma muncul diri 4 kali sebulan
Pastu claim perjuangan seorang ayah
Faham ke tanggungjawab ayah tu bukan limit sekadar dapat bawa anak keluar makan2 sekali seminggu

Done macik keji
Macik ok je kalau ex husband jenis ok
Ni kalau ex husband jenis amek anak
Pastu korek rahsia
Pastu sendiri merentan
Nanti anak jadi mangsa
Quote cikgojesss 28-2-2023 09:02 PM
dah naik bicara nanti sah-sah hakim benarkan punya hak lawatan.. si jibauk adam bukannya tuntut hak jagaan pun, sekadar hak lawatan sajorkkk

lain la kalau si bapak tu ada cubaan rogol, bunuh anak ke apa.. atau status anak tak sah taraf mmg jibauk tu tak dapek la.. kalau setakat alasan bodoh2 nak halang hak lawatan, tunggu masa je kau kena hencap dgn hakim
Quote sayangkid 28-2-2023 10:02 PM
Dulu pon fatin mengamok malu kan Adam cakap Adam tido bilik hotel sama depan anak. Bg anak contoh Tak elok.LPs tu Adam balas balik kat fatin pulak. Yg kesian anak la. Macam Tak boleh selesaikan senyap2.
Quote rayna_raynes 28-2-2023 10:08 PM
she replied at 28-2-2023 08:48 PM
Ramai orang ingat
Bila bekas suami minta hak lawatan
Dia lah bapa mithali

Meols setuju 100% kata2 uols
Bagi nafkah 300 sebulan. pastu claim bekerja demi anak.


Quote Fly_over 28-2-2023 10:22 PM
Edited by Fly_over at 28-2-2023 11:11 PM
sayangkid replied at 28-2-2023 10:02 PM
Dulu pon fatin mengamok malu kan Adam cakap Adam tido bilik hotel sama depan anak. Bg anak contoh Ta ...


kan.. padahal sama2 je dua2 saling mburukkan. tp kenapa org duk cakap mcm adam je yg ngata fatin. ke sbb adam lelaki x sepatutnya bukak mulut? netz kaum wanita expect adam jd gentleman diam2 sajork. tp yg pmpn boleh pulak pakej nangis2 lg. and stau iols fatin yg start dulu cerita adam tak bagi nafkah kt anak2. adam pulak argue kata dia bagi kt ivy je sbb arian bukan anak dia. dah start menangis pulak arian dah anggap adam bapak. adam pun ckp dia bukan kawen janda bla bla bla. pokoknya sama2 bukak mulut.. ko cari psl dgn lelaki mulut lelaki mmg lagi hangsuang. hujung2 yg kesian mmg anak jadi mangsa.
Quote dewimalam78 28-2-2023 10:31 PM
Byk mcm ni. Benci dgn ex habis dgn anak pun tak dibagi hak.
Quote lotusteratai 28-2-2023 10:44 PM
pelik, asal susah sgt nak bg adam jumpa ivy. Kan senang bg je hak jagaan kekal kat adam, tak yah pening kepala psl nafkah anak tu
Quote Suchi 28-2-2023 10:53 PM
Erm tak kisah la adam tu bewak ke komodo ke apa tp dia bapak kandung kot so biarlah dia jumpa ank dia.
Korang dua nak gaduh ke apa gasak tp budak tu biarlah tak berkurang kasih sayang ibu bapa dia.
Pastu awat sesuka hati antar anak kecik2 duk asrama plak.
Walhal esok2 budak tu nk kuar g oversea pun perlukan kebenaran bapak kandung dia.
Eh tak paham laa iols, knp mesti anak2 jadi mangsa tiap kali mak pak bercerai.
Quote LadyCarefree 1-3-2023 12:31 AM
timah03 replied at 28-2-2023 07:34 PM
Sblm ni si patin tu bagi je jumpa anak... Tapi si laki pula sibuk cungkil2 hal patin kat anak tu s ...


Jadinya kalau patin tido dengan lelaki (tanpa nikah) maka salahnya patin lah. Kenapa nak punish ex laki pulak?

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056459 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top