CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul Yahya Okay Je, Siap Buat Live Jam 2 Pagi

28-2-2023 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1553| Komen: 11

Description: "Saya okey, tak ada apa sebenarnya. Alhamdulillah."
"Saya okey, tak ada apa sebenarnya. Alhamdulillah."

Itu jawapan ringkas bekas pelakon, Zul Yahya, 50, menerusi kiriman WhatsApp berhubung keadaannya sekali gus menafikan dakwaan mengatakan dia berdepan masalah dan perlu dibantu seperti dalam video dimuat naik pemilik akaun Tik Tok, @zackpulaumutiara8.


Bagaimanapun, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahya tidak mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan keluar berjalan dari jam 4 pagi hingga 8.30 pagi dan tidak pulang-pulang.


Foto: mStar

Pada 2 pagi hari ini, Zul muncul dalam siaran langsungnya di TikTok yang difahamkan berdiskusi dengan seorang tokoh agama.

Malah, kebanyakan pelayar yang menyaksikan kemunculan Zul di platform media sosial itu memaklumkan dia nampak sihat serta tiada apa yang pelik cuba ditunjukkannya.


Foto: IG


"Okey saja tengok dia. Kelihatan baik-baik. Tak nampak ada masalah pun," tulis seorang pelayar lagi.

"Biasalah cari ketenangan berjalan. Dia cakap yang Allah beri peringatan. Semua okay je," komen seorang pelayar Tik Tok yang mengikuti siaran langsung itu.

Terdahulu, Harian Metro menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun Tik Tok, @zackpulaumutiara8 melaporkan Zul dikatakan berhadapan masalah dan memerlukan bantuan selepas berjalan kaki dari 4 pagi hingga 8.30 pagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-2-2023 05:29 PM
Kesian anak2 kecil lagi.


Quote rogayahtop 28-2-2023 06:09 PM
Ketenangan yg kucari belum ketemui gitu.
Quote Adrif 28-2-2023 09:32 PM
entah2 joging awal pagi gamaknye

gituu husnuzon aku

Quote dudaberhias 28-2-2023 10:17 PM
mujur takde apa2... kaka nak husnuzon juga mungkin heshe tertinggal bas.. tapi heshe tokey restoran kot takkan takde keta... tapi tetap la terpaksa husnuzon... mungkin heshe low profile... kete pun takde... agittewww
Quote rosedemon 1-3-2023 08:42 AM
suakti ko la jul terpling sorga
Quote Burong_Hantuk 1-3-2023 10:40 AM
kuat filter betul pakcik nih
Quote umbut 1-3-2023 12:31 PM
Habis anak bini di suruh bungkus
Quote Suchi 1-3-2023 12:45 PM
Nampak anak dia pakai purdah tu teringat nampak anak buah iols pun dh mula pakai walupun baru darjah 1.
Risau plak dah dia tu bff ngn anak iols semua menda nk sama kang anak iols pun sibuk nk makai gitu gak.
Iols kalau boleh masa kecik2 blm baligh ni biar dulu depa ni on off nk bertudung ke idak sbb bila dh smpai masanya nnt bila dh pakai tu jangan nk bukak2 plak sampai mati.
Quote Ina_pk 1-3-2023 01:02 PM
Elok je restoran steamboat dia dan mini market operasi macam biasa. Kereta antik dia pun elok je parking.
Quote nonarona 1-3-2023 01:20 PM
demi konten
Quote virgo19 1-3-2023 01:42 PM
Mencari ketenangan diri agaknya, menginsafi dosa2 lampau..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043175 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top