CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berbulan-Bulan Tak Ada Job- Johan As'ari Cari Duit Di Tiktok, Buat Live Sembang-Sembang

7-2-2023 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1689| Komen: 9

Description: Bermula sebagai suka-suka, pelakon Johan As'ari tidak menyangka tindakannya aktif di laman sosial TikTok boleh memberinya pendapatan sampingan yang lumayan.
Bermula sebagai suka-suka, pelakon Johan As'ari tidak menyangka tindakannya aktif di laman sosial TikTok boleh memberinya pendapatan sampingan yang lumayan.

Johan atau Johan Ariff As’ari, 37, berkata, disebabkan sudah hampir tiga bulan tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon, dia hanya cuba mengikut trend untuk menghasilkan konten di TikTok.


Foto: IG

"Sebelum ini dah tiga bulan saya tidak ada job, dua minggu saya buat siaran langsung di TikTok, saya tak sangka boleh mendapat pendapatan daripada situ.

"Malah, kalau mengikut ranking, saya berada di kedudukan 46 terbaik di Malaysia," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Johan memberitahu dia langsung tidak berniat untuk mencari pendapatan di aplikasi berkenaan tetapi hanya mahu mengisi masa lapang.


Kata Johan, pertama kali melakukan siaran secara langsung di TikTok, dia sudah menerima banyak hadiah yang diberikan daripada peminat.

"Saya tak ada niat pun nak cari duit dekat TikTok, hanya nak isi masa lapang disebabkan tidak mempunyai sebarang penggambaran drama.

"Saya hanya sembang bersama peminat dan tak sangka pada hari pertama bermain TikTok saya menerima banyak hadiah," ujarnya.



Sementara itu, Johan berkongsi dia hanya bersembang secara spontan bersama peminat di TikTok dan bukannya mempunyai satu topik khusus untuk dibualkan.

Kata Johan, mungkin peminat lebih suka pendekatan seperti itu yang membuatkan mereka tertarik untuk menonton siaran secara langsung yang dilakukannya.


"Saya siap mengaku dengan mereka masa buat live, 'Guys saya minta maaf saya ni bukan profesional. Saya cuma ada satu telefon bimbit. Pemegang telefon pun tak ada hanya sandarkan telefon pada bekas kurma'.

"Benda sama saja yang saya cakap. Saya rasa mungkin itu lebih menarik perhatian mereka kerana saya lebih spontan," katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 09:19 AM
moga dipermudahkan
Quote HoneyManjer 7-2-2023 09:31 AM
idk bout chuols
tapi iols rasa mamat ni ada bakat...
suka sangat tgk dia belakon citer juvana dluh2...
hope luas la rejeki ko dekkk
Quote NazRysha 7-2-2023 09:34 AM
payment mat kilau xdapat lagi ke?
Quote sangbara2020 7-2-2023 10:27 AM
lom glemer lah sbb aku xtau pu tik tokers
Quote rosedemon 8-2-2023 08:20 AM
elok la buat jela live sng hidup
Quote Lavender_Violet 8-2-2023 08:27 AM
Sayang dia ni...
Dia bukannya lembam, family pun jenis educated & ado2
Tapi lagi suka terjun dlm bidang seni yg tak menjanjikan apa2
Hujung2 sendu
Quote pocongkiutss 8-2-2023 08:29 AM
Teringat dulu pun dia mcm ada gosip skit ngan xila kan
Quote electricopop 8-2-2023 10:16 AM
Lakonan dia ok kut, ke attitude problem?
Quote lasagna 8-2-2023 11:07 AM
btul, dia ni berbakat lah juga, sbb cara dia berlakon cite lama dlu. tp ntah laa apa yg pyh director  kt msia utk tidak memilih dia..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.156136 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top