CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Budak Di Indonesia Keracunan, Kerosakan Organ Dalaman Makan Jajan 'Dragon'S Breath'

23-1-2023 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2123| Komen: 19

Description: Sejenis snek yang dipopularkan menerusi aplikasi TikTok telah menyebabkan ramai kanak-kanak di Indonesia mengalami keracunan makanan dan kerosakan organ dalaman, mendorong pihak berkuasa kesihatan neg ...
Sejenis snek yang dipopularkan menerusi aplikasi TikTok telah menyebabkan ramai kanak-kanak di Indonesia mengalami keracunan makanan dan kerosakan organ dalaman, mendorong pihak berkuasa kesihatan negara itu memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambilnya.


Digelar 'dragon's breath' kerana kepulan asap yang dikeluarkan apabila dimakan, makanan yang dipanggil chiki ngebul atau chikibulis oleh penduduk tempatan itu terdiri daripada pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni yang disalut dengan nitrogen cecair dan topping coklat.


safeerapoetry/TikTok, maysa_fp/TikTok

“Nitrogen cecair (boleh mencapai suhu) -190°C. Jadi jika terkena kulit, ia boleh menyebabkan radang atau melecur. Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan dan penghadaman jika terhidu dan ditelan (dalam jumlah yang banyak)," kata Dr Anas Ma’ruf, pengarah kesihatan alam sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia


Kementeriannya telah mengarahkan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk meningkatkan pemantauan dan menggesa ibu bapa dan guru supaya berwaspada.

Kedai makanan penjaja jalanan tidak digalakkan menjual makanan ringan itu, lapor beberapa saluran berita tempatan.

Di Jawa Barat, sekurang-kurangnya 28 orang kanak-kanak berumur empat hingga 13 tahun mengalami keracunan makanan atau kerosakan organ dalaman selepas memakan chiki ngebul sejak November 2022, lapor media Coconuts Jakarta.

Dalam responsnya, Timbalan Gabenor Jawa Barat mengumumkan larangan ke atas chiki ngebul pada Khamis lalu (12 Jan), lapor Kompas.

'Dragon's breath' mendapat perhatian selepas beberapa muat naik di TikTok, dengan beberapa video tular yang menunjukkan asap keluar dari hidung dan mulut kanak-kanak yang memakannya.

Hashtag #dragonsbreath di TikTok telah mengumpulkan sejumlah 205 juta tontonan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 23-1-2023 08:10 PM
Kat Malaysia pun ada chiki ngebul ni. Tapi takda la bodo2 jual jajan murahan letak liquid nitrogen macam kat Ndon.
Quote makita 23-1-2023 08:42 PM
dua_chzy replied at 23-1-2023 08:10 PM
Kat Malaysia pun ada chiki ngebul ni. Tapi takda la bodo2 jual jajan murahan letak liquid nitrogen m ...

Ye penah ngetop kan dulu kat sini kejap..berasap2 mulot.
Quote isseliparjepun 23-1-2023 08:51 PM
Pernah viral kan makanan ni. Liquid nitrogen pernah pakai masa buat rumah hantu dulu dulu. Bila letak air sikit sikit berasap kabus kabus gitu. Tapi semua cikgu yang handle. Siap cikgu pesan jangan pegang sebarangan. Dia keraskan suara lagi.
Quote noor2 23-1-2023 08:55 PM
Apa beza kat Malaysia..mak bapak jenis gemok2 bg anak2 mkn semua benda2 manis2 aiskrim, kek, coklat, air bergas, gula2,  kuih manis2...semua tu perosak badan...gigi pun buruk
Quote dua_chzy 24-1-2023 12:12 AM
makita replied at 23-1-2023 12:42 PM
Ye penah ngetop kan dulu kat sini kejap..berasap2 mulot.

Iya. Tapi takda la takat jual gula2, cereal letak liquid nitrogen di Malaysia ni. Macam berjenis juga la makanan sini yang guna menda alah tu banding sana.
Quote cikatilia 24-1-2023 06:31 AM
Feel kot makan kimia berasap.. tros mati
Quote ezacbee 24-1-2023 07:05 AM
Kat sini pun ada jual. Mak bapak yg belikan. Anak2 pun happy dapat makan. Berasap oo..
Quote otai_g 24-1-2023 07:12 AM
Sp la pencipta makanan membunuh ni. Apa kt test kat dia dulu b4 jual.
Quote ninja boy 24-1-2023 07:25 AM
Edited by ninja boy at 24-1-2023 07:28 AM

Golongan handle mknn kalangan org tak sekolah spt katering goreng ayam bubuh ayam di atas suratkhabar penuh karbon, cedok sirap panas dalam tong pakai gayong plastik, buat kek kaler2 pekat, buat apa itu pokadot kaler2 pekat, bubuh plastik dlm gorengan minyak, bubuh tisu dlm laksa
Quote Gingerly 24-1-2023 10:52 AM
Sbb utama tak bg anak pgg duit poket. Ngeris
Quote dekmieDandy 25-1-2023 11:08 AM
dekat cameron haritu belambak kedai jual

ais krim dengan cookies dragoon breath ni
Quote talapia 25-1-2023 11:42 AM
dua_chzy replied at 24-1-2023 12:12 AM
Iya. Tapi takda la takat jual gula2, cereal letak liquid nitrogen di Malaysia ni. Macam berjenis j ...

tak jugak..
baru kelmarin aku tgk kat uptown melaka.. jual mende alah ni. beratur jugakla orang nk beli. Aku pelik la pemende ke orang sibuk sangat beratur.. ingat kot keria gula melaka ke hape.. rupanye benda alah ni.. dlm tu cuma jajan bentuk roda mcm chezel camtu tapi pelbagai warna.. cucuk dengan lidi.. masuk mulut bole sembur2 asap gitu.

Anak aku teringin nak cuba.. aku memang takla nak bagi.. jajan bodo2 mcm tu jual RM10 sebekas. beli cheezel dapat 3 pek beso
Quote MengkuduMasam 25-1-2023 11:46 AM
kat Cemeron highland ade jual ni... area Kea Farm..

mmg jd tumpuan budak2 aa nak try pestime...

anak aku pun sama... lpas nih mmg xde beli lagi laa...
Quote kepompong 25-1-2023 11:49 AM
apasal i tak tahu pernah ada benda gini kat sini
Quote Skuau 25-1-2023 11:50 AM
KKM...tolong amik perhatian....
Quote mejaputih 25-1-2023 11:56 AM
sib baik gi cameron ari tu tk jumpa benda alah ni..Allah hijabkan kot dr pandangan mata kitorg...syukur...nk kena educate anak2 bhaya benda alah ni..takut ada jual kat luar pgr sekolah ke...
Quote ibu_haritz 25-1-2023 12:00 PM
thn lps karnival kt sekolah anak ade jual..dah lah mahal nak mam RM12 hengget..
anak nak beli, aku bolayan kan je..
Quote crazypink 25-1-2023 12:05 PM
ada harituh terbeli menyesal giler terbeli kat anak sendiri
kena ceramah ngan adik sendiri terus rasa mcm
Quote dua_chzy 25-1-2023 12:36 PM
talapia replied at 25-1-2023 03:42 AM
tak jugak..
baru kelmarin aku tgk kat uptown melaka.. jual mende alah ni. beratur jugakla orang nk ...

Astagaaa dulu masa mula2 dragon's breath ni kena jual, takda la jual campoq jajan2 bodo gitu. Adeh...Dah ke arah keIndonan kita nih!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050449 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top