CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

15 Pasang Suami Isteri Naik Kapcai Jelajah Malaysia 2.0, Didik Peserta Menunggang Secara Berhemah

23-1-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 623| Komen: 4

Description: 15 pasang suami isteri menaiki motosikal kapcai antara peserta dari Kelab Asamboi, Bukit Rambai yang akan menyertai Jelajah Malaysia 2.0 selama lima hari bermula esok hingga Sabtu ini.Presidennya, Ros ...
15 pasang suami isteri menaiki motosikal kapcai antara peserta dari Kelab Asamboi, Bukit Rambai yang akan menyertai Jelajah Malaysia 2.0 selama lima hari bermula esok hingga Sabtu ini.

Presidennya, Roslan Mohd. Salleh berkata, sebanyak 30 motosikal kapcai akan memulakan perjalanan menjelajah Malaysia adalah kali pertama dianjurkan oleh kelab persatuan itu.


Menurutnya, program itu dianjurkan adalah untuk memberi pengalaman kepada semua peserta yang pertama kali menaiki motosikal kapcai menjelajah seluruh semenanjung secara berkonvoi selama lima hari.


 Ahli Kelab Asamboi, Bukit Rambai yang akan menyertai Jelajah Malaysia 2.0 selama lima hari.

“Program ini juga adalah untuk mendidik para peserta untuk menunggang motosikal secara berhemah dan paling penting merasai pengalaman berkonvoi.

“Apabila berkonvoi kita bergerak secara beramai-ramai dengan disiplin dan dapat memastikan keselamatan sepanjang tempoh lima hari.


“Di samping berkonvoi kita juga akan menyampaikan bantuan barangan keperluan dan wang tunai kepada dua keluarga daif di Tanah Merah, Kelantan,” ujarnya di sini semalam.

Menurut Roslan, antara motosikal kapcai yang menyertai jelajah itu ialah tiga buah Yamaha Y15ZR, sebuah Yamaha XMAX 250 dan selebihnya adalah Honda RS150 selain sebuah kenderaan pacuan empat roda serta sebuah kereta.

Beliau berkata, perjalanan sejauh 2,200 kilometer (km) pada hari pertama bermula dari Bukit Rambai ke Kluang, Mersing, Rompin dan bermalam di Balok, Pahang manakala pada hari kedua pula melalui jalan pantai Terengganu menuju ke Kampung Jalok, Tanah Merah Kelantan.

“Di sini kita akan menyerahkan bantuan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada dua keluarga miskin di Kampung Jalok, Tanah Merah, Kelantan,” ujarnya.

Jelasnya, konvoi akan menjelajah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan sebelum kembali ke Bukit Rambai pada Sabtu. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 23-1-2023 06:32 PM
Ok semak..berkonvoi tu pun kira mara bahaya utk pengguna lain dekkk
Quote j3m4h 24-1-2023 02:49 AM
Musim2 hujan ni gigih nk konvoi2 bagai..nasib le x masok dlm MBoR…
Quote wirazam 24-1-2023 08:27 AM
Ini set set pesara gomen ke?
Quote mziskandar 24-1-2023 09:42 AM
sewa bas laa..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.417183 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top