CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Terlantar Di Hospital Minta Isteri Tamatkan Riwayatnya

23-1-2023 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1246| Komen: 4

Description: Seorang warga emas berusia 76 tahun menembak mati suaminya yang terlantar sakit di sebuah hospital atas permintaan mangsa sendiri, lapor laman berita Wion News semalam.Wanita berkenaan, Ellen Gilland ...
Seorang warga emas berusia 76 tahun menembak mati suaminya yang terlantar sakit di sebuah hospital atas permintaan mangsa sendiri, lapor laman berita Wion News semalam.

Wanita berkenaan, Ellen Gilland dipercayai melakukan perbuatan tersebut selepas berpakat dengan suaminya beberapa minggu sebelum kejadian itu, kata polis.



Ellen (gambar kecil) menembak mati suaminya yang sakit di Hospital Daytona Beach, Florida pada Sabtu lalu. - Fox 5

Beberapa anggota polis dikerahkan ke Hospital AdventHealth Daytona Beach pada Sabtu lalu selepas menerima laporan mengenai seseorang yang ditembak, demikian menurut saluran berita tempatan.

Ellen kemudian dikepung oleh anggota polis di apartmen tingkat 11 milik suaminya, Jerry Gilland, selepas dia menembak lelaki berkenaan. Dia  ditangkap serta didakwa dengan kerana membunuh.

Menurut suspek, dia berbual dengan suaminya kira-kira tiga minggu lalu mengenai penyakit tersebut yang boleh membawa maut.


“Mangsa memutuskan bahawa jika ia terus merosot, dia mahu isterinya menamatkan riwayat hidupnya.

“Pada mulanya, saya fikir rancangan itu adalah satu pembunuhan diri. Jadi, selepas membunuh suami, dia akan membunuh dirinya sendiri tetapi dia tidak melakukannya,” kata Ketua Polis Daytona, Jakari Young.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 23-1-2023 08:01 PM
Sian. Tak ada insurans nak bayar medial bill for orang2 macam ni.
Bnyak tgk filem kat Netflix.
Quote bulanbulat 24-1-2023 12:57 AM
Nenek masuk penjara, welfare dah settle
Duduk sorang2 belum tentu dijaga
Quote she 24-1-2023 12:59 AM
Kenapa tak tekup dengan bantal aje
Takde rugi cadar nak basuh darah
Lantai pun tak kena mop
Quote zuuu 24-1-2023 02:57 AM
she replied at 24-1-2023 12:59 AM
Kenapa tak tekup dengan bantal aje
Takde rugi cadar nak basuh darah
Lantai pun tak kena mop

Out if box betul pemikiran ko

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.189486 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top